Friday, May 21, 2010

Memori : Pengepau Rokok Asrama

2003 - Masa study kat Terengganu dulu,ada sorang kawan aku. Muka ganas, tapi bila cakap penuh lemah lembut. Tak sama macam lu orang tengok muka dia. Aku panggil dia Lan saja.

Lan ni dia punya belajar banyak ke tempat tido. Tapi bab melepak dia la yang nombo satu sampai. Semester pertama semua duduk kat asrama. Juga dikenali sebagai hostel kata omputih. Bilik aku aras 3 memang sebelah menyebelah dengan bilik Lan. Kadang-kadang malam-malam dia datang lepak ngan aku sambil usha awek-awek kat hostel sebelah. Memang aku ditakdirkan duduk di bilik yang mengadap bilik awek-awek ni. Sapa-sapa yang rabun jauh,memang cepat pulih bila duduk bilik aku ni.Aku punya rabun cerah je bila dalam gelap.

Tabiat Lan yang aku kenal sangat-sangat selain mengintai awek-awek di bilik depan ialah mengepau rokok kawan-kawan. Pagi sebatang, tengahari sebatang,malam sebatang. hampir setiap hari. Mangsa yang paling dekat ialah aku. Sebab dalam bilik tu hanya aku sorang yang tidak menyokong kempen kementerian kesihatan.Yang lain menyokong Group "I Tak Suka Orang Yang I Sayang Merokok" oleh awek-awek mereka. Tapi masa tu fesbuk tak popular lagi, tah wujud ke tak lagi pun aku tak tau. Yang ada pun friendster.Friendster ni dia punya fesyen macam budak-budak sikit.Takde group-group macam fesbuk ni.

Aku jenis yang tak kisah. Lu nak amik,mintak. Lan juga mintak. Dia mintak pada waktu pagi,waktu tengahari dan waktu malam. Tiap-tiap kali datang bilik:

"Pett,rokok sebatang." pagi

"Pett,rokok sebatang." tengahari

"Pett,rokok sebatang." malam

Berulanglah ayat berikutnya pada hari-hari yang lain.

Lama-lama aku rasa bekalan aku makin berkurangan. Bukan tak bagi,tapi kena jimat. Kena catu rokok. Duit PTPTN tu pun bukan cukup sangat nak tanggung perokok yang masih belajar ni. Belum kira duit nak belanja awek makan kat tepi pantai lagi. Duit nak beli komik lagi. Sapa yang tanggung?PTPTN jugak.

Satu malam aku letak 2 batang rokok saja dalam kotak. Selebihnya,aku asingkan kat kotak lain dan sorok. Aku harap Lan faham aku juga kekurangan rokok seperti dia. Tujuannya supaya dia tidak selalu pau aku. Aku rasa taktik ni akan menjadi esok pagi.

Pagi esok.

"Pett,rokok sebatang."

Aku tunjuk kotak atas meja.Aku lepak sambil baca paper.Kalu aku pau rokok member aku, tapi aku tengok ada 2-3 batang, secara automatiknya aku takkan amik. Aku gunakan konsep tersebut pada Lan.





"Terima kasih Pett. Ada sebatang lagi aku tinggal kat ko."


Lalu Lan berlalu ke tandas sambil menghembuskan asap-asap rokok.

9 comments:

  1. merokok membahayakan kesihatan!
    merokok juga blh buat kita nak terajang kawan!
    heh!

    ReplyDelete
  2. hahaha!!

    taktik tersirat macam ni boleh pakai kat kaum perempuan je la weh.
    kawan kau tu lelaki. lelaki mane paham.

    ReplyDelete
  3. agak-agak kawan ko ada blog x?..hahaahahahah..

    ReplyDelete
  4. memang baik ah dia tak pau 2-2

    ReplyDelete
  5. ekeke dia amek jugaklah weh hehehe

    ReplyDelete
  6. Lan?..aku ingat2 lupe je mamat nih..

    ReplyDelete
  7. member2 aku dulu kalau dah sangap sgt ambik bulu penyapu sikit balut dengan kertas buku tulis, bakar dan hisap macam rokok. aku yang tak merokok ni gelak dekat tepi je.

    ReplyDelete