Tuesday, December 27, 2011

Review Dari Penonton Biasa - Songlap

Semalam aku tanpa sengaja menonton Songlap sama dengan bini dan anak dalam kandungan. Sebenarnya aku yang nak tengok sangat cerita ni sebab nampak macam lain dari yang lain. Bukan cerita pasal ombak, cinta dan yang berkaitan dengan hantu.

Secara ringkas aku simpulkan begini. Aku tak pandai cakap tentang istilah-istilah filem ataupun teknikal-teknikal macam orang lain. Aku cuma cakap dari seorang penonton wayang :

1. Watak Am (Sam) & Ad (Syafie) adalah adik beradik. Terlibat sebagai orang perantaraan sindiket bayi. Kerja mereka nampak senang. Bawak bayi yang baru lahir ke penjual yang dah ready/booking sama Mami (Eliza Ong). Mami ada rumah tumpangan yang menempatkan awek-awek mengandung. Tak pasti mengandung sebab apa. Secara kasar terlanjur dengan pakwe. Lepas bersalin awek-awek ni kena jual pulak. Masyukk la macam tu. Am buat duit lebih atau songlap duit dari jual bayi. Setakat komisen Mami bagi tak banyak. 2-3 ratus saja. Ad pulak terpaksa ikut abang dia kerja. Itu serba sedikit pasal cerita ni.

2. Am & Ad anak haram barangkali. Rujuk watak Normah Damanhuri. Ada jawapannya. Tak perlu penjelasan atau asal usul salasilah keluarga dalam filem. Jimat masa. Penonton akan berfikir sendiri siapa dia watak Normah ni. Ayat paling power "Pertama kali ke adik, nak tengok saja pun boleh". Berkesan.

3. Am sebagai abang yang sayang Ad. Tak perlu nak tunjuk cara kasih sayang adik beradik. Cara Am cover & risau pasal Ad dah nampak kesannya. Bagus.

4. Watak paling aku suka - Bapak ayam (Fauzi Nawawi). Babak dia tak banyak tapi aku suka dengan cara dia berdialog. Amat berkesan dan ada lawak lucahnya tersendiri. "

5. Watak awek bernama Hawa (Sara Ali) tak banyak cakap. Tapi ok la sebab dia comel. Mata bulat. Cun cun. Tak payah mekap pun nampak cun.

6. Siapa yang rogol Hawa? Kena tengok. Filem ni tak perlukan babak rogol atau tunjuk belakang badan yang seksi. Tak payah. Hanya perlakuan, memek muka, perbuatan dan dialog. Simple. Dan aku faham. Bapak Hawa Omar Abdullah memang tak perlu cakap apa. Otai. Semua watak dia boleh.

7. Watak gengster dalam filem ni Keong sama Hamzah. Power. Tak payah banyak cakap atau mencarut tak tentu hala. Cakap sikit tapi aksi gengster tu power. Jadi tali barut pun power.

8. Watak nurse di hospital or klinik tu sempoi. Aku mula terpikir kenapa nurse cina tu garang dan kerek semacam dengan pesakit yang mengandung. Apahal nurse ni???Rupanya diaorang terlibat sindiket jugak. So, tak perlu nak tunjuk kasihan sangat. Lagipun awek-awek ni mengandung anak haram. Good job la nurse!

9. Ada babak masa tengok bola dalam tempat judi. Malaysia vs Vietnam. Kaki-kaki judi betting. ada sindiran untuk team Malaysia. Itu realiti sebenarnya walaupun kita menonton di mana-mana saja.

10. Ini cerita yang lain sikit dari filem-filem hantu merepek merabai dan cinta yang pasal airmata. Cukup untuk aku rilex kepala otak dan melayan filem sebegini. Watak-watak lain dalam filem ini bukan sekadar watak sampingan. Watak mereka menghidupkan filem Songlap ni. Walaupun watak itu hanya pembancuh air di gerai Kak Jah (watak mak ayam peringkat bawahan), mamat itu dapat memberi serba sedikit kesan. Watak pelanggan di pusat pelacuran ada satu babak keluar dari bilik sambil membetulkan misai. Macam muka A.Galak. Haha.

11. Watak lain yang aku suka, Shidi (Mat Remos) yang menjaga remosnya dari rosak, Brader reggae yang muka dia macam familiar di pasar seni. Tak pasti. Tapi watak dia sebagai kawan Am menjadi dan nampak real.

12. Cerita tak semestinya perlu Happy Ending. Ending yang buat kita terpikir. Kehidupan harus diteruskan. Kita tak tau apa yang akan berlaku seterusnya. Senang. Bagi aku kehidupan masih panjang. Kalau nak cerita yang sentiasa happy ending, tengok cerita Hindustan atau pun filem Prof Razak tu.

13. Lagu M Daud Kilau memang terbaik bila dimasukkan dalam filem ini. Tak payah nak pikir nak buat lagu OST bagai. Lagu yang sudah sedia ada kalau kena gaya, jadi seronok dengar berulang kali.

Tak semua filem perfect bagi aku. Mesti ada sedikit cacat cela. Tapi aku ok saja. Aku bukan orang filem, bukan pengkritik filem, aku bukan pelakon, aku bukan artis yang terlalu menilai seni, aku bukan siapa-siapa di Malaysia ni.



Aku cuma penonton filem yang bila ada masa terluang saja akan menonton wayang!




P/S; Ulasan terbaik dari penulis terbaik :

1. Brader Sinaga - Ulasan Songlap
2. Elviza - Songlap Preview



Sekarang tengah dowload lagu Gila Judi. Bawak jamming pun rasanya macam sedap jugak. Sesedap ayam KFC.

8 comments:

  1. romantik la bro pegi dgn akak dan anak to be

    ReplyDelete
  2. Aku tengok hari Ahad lepas. Not bad lah. Walaupun mula-mula slow sikit cerita dia.- Dam

    ReplyDelete
  3. wadi: romamtik bila tgk ombak rindu la. haha

    dam: Tapi ok la dari filem yg lain kan?

    ReplyDelete
  4. am dengan ad bukan adik beradik la pett. depa sepupu.

    ReplyDelete
  5. Harammm. depa 2 dah ada filem. kita sama apip bila pulak?kah kah kah.

    ReplyDelete
  6. filem ni mmg hidup..
    tahniah kepada para pelakon n pengarah filem..
    mmg aku tunggu2 filem mcm ni selalu kat panggung..

    ReplyDelete
  7. alien: Yup. Aku harap thn depan hantu2 boleh rilex sat. Kasi can filem2 serius mcmni pulak keluar.

    ReplyDelete
  8. Puas hati bayar RM10. Saya mau lagi filem yg bagus dari ini. Baru ada peningkatan. Songlap 7/10 bintang. Puas hati.

    ReplyDelete