Saturday, December 31, 2011

31 Disember 2011

Esok dah masuk tahun 2012. Konon semua ada azam la bagai. Tiap-tiap tahun kena ada azam. Macam ikut skrip. Benda-benda macamni tak berfaedah langsung pun sebab kita nak tunggu tahun baru baru nak berubah la apa benda la.

Azam ni tak payah nak tunggu tamat tempoh baru nak berazam. Masa awal Muharam takdak pulak sembang pasal azam. Aku dulu terikut-ikut jugak trend pasal pasang azam ni. Tapi semua tak menjadi sangat. Pasang badan lagi power dari pasang azam.

Sebenarnya ikut hangpa la nak azam ka tak mau azam. Kita patut terus berubah bila rasa nak berubah. Tak perlu tunggu tahun baru. Kalau duk tunggu tahun baru baru nak capai benda-benda yang diimpikan, berjanggut jugak la. Apa yang hangpa nak capai, capailah terus dengan usaha dan doa.

Tahun baru yang kita sambut tiap-tiap tahun hanyalah pertambahan angka terhadap umur. Hangpa duk seronok-seronok sambut tapi tak sedaq yang umur kita makin meningkat. Umur tak pernah menurun. Tak pernah berkompromi untuk nampak muda sentiasa. Umur tetap bertambah saban tahun.

Jadi kesimpulan yang aku pun tak berapa nak tau simpul macamana ialah jadilah hamba Allah SWT yang taat,manusia yang berguna, anak yang soleh dan solehah, rakyat yang bersatu, pekerja yang rajin dan berkualiti, ayah yang beriman, ibu yang mithali, awek yang tahu batas-batas agama dan pakwe yang tahu hukum hakam dosa dan pahala.

Tahun baru hanya hari dimana angka akan berubah dari satu angka ke satu angka yang lain. Kita sebagai manusia perlu berusaha untuk lebih maju, kumpullah pahala sebanyak mungkin, cari duit untuk hidup, kurangkan dosa yang dah bertimbun dan capailah segala yang diimpikan pada masa yang termampu.

Hidup kita ini kita berserah pada Allah SWT. Selagi kiamat belum menjelma, selagi itu kita bekerja di dunia pinjaman-NYA dan menuai hasil untuk ke akhirat.


Jangan ingat kiamat masih jauh. Kiamat dah semakin hampir dengan kita.


Apa-apapun semoga tahun 2012 dan seterusnya memberi kita cahaya yang bersinar dan memberi kita hidayah ke arah yang lebih baik.



Dah macam kuliah agama pulak.

Sekian. Catatan untuk tahun 2011. Tamat.


Pett Suhaimi di kampung halaman Perak utara.

7 comments:

  1. saya berazam nak kawen...hahahaaa

    ReplyDelete
  2. em..
    tiap2 hari patut buat azam kan..
    baru hidup bersemangat

    ReplyDelete
  3. ....moga kenangan2 2011 akan tetap terpahat minda dan 2012 yang bakal mendatang akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang.............

    ReplyDelete
  4. gua xde azam. gua cuma nak hidup dengan gembira je..

    ReplyDelete
  5. Insaf..insaf..hehe - bad

    ReplyDelete
  6. Faryn:Kasikad tau.Semoga termakbul.Amin.hehe

    alien:Ya..patut tiap2masa.Baru berjaya!haha.

    Cikgu:Insyaallah. Semoga kita semua mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  7. Koq:Hidup gembira sentiasa jue!Semoga berjaya!

    Bad:Insaflah sebelum diinsafkan.haha

    ReplyDelete