2005
Yazal memarking moto honda cup betul-betul dalam pagar rumah sewa aku. Sebenarnya dari jauh tadi aku dah dengar bunyi moto honda dia. Kalau bunyi macam bot laju tu dah sah-sah Yazal yang datang. Dia menongkat moto dengan menggunakan kaki kiri. Tanpa turun dari moto, Yazal menyilang kaki kirinya ke atas kaki kanan. Lagak umpama brader-brader moto besar. Kalau di ikutkan raut wajah Yazal, tiada langsung bakat untuk jadi mat rempit. Alhamdulillah dia tidak terjebak perangai rempit budak-budak otak kat lutut.
Aku yang sedang menghirup oksigen dan sedikit campuran nikotin duduk rilek-rilek depan pintu rumah. Melihat dari raut wajah Yazal, sekali pandang memang nampak samseng. Muka ketat tanpa senyuman tu dah jadi rutin muka dia. Sambil seluk poket jeans lusuh, Yazal mengeluarkan sekotak rokok Dunhill 14. Ditarik sebatang rokok lalu di letak dibibir hitamnya. Di ambil pemetik api yang disimpan dikocek baju dan rokok dibakar di ujung. Asap berkepul-kepul bergabung dengan oksigen dan asap dari dapur rumah jiran yang sedang memasak ikan masin.
Sedang aku menunggu tindakan Yazal seterusnya. Dia masih lagi membisu sambil memandang aku. Aku hanya menunggu. Rokok aku sudah sampai gelang emas. Aku jentik guna jari. Melantung dia punya pergi jatuh tepat dalam longkang. Yazal masih berasap. Muka bergaris-garis di dahi. Apa yang dipikirkan aku pun tak berapa nak boleh teka. Sambil angin yang bersepoi-sepoi petang-petang macam ni, sedap jugak kalau borak-borak ada isi.
Yazal mengeluarkan sebotol minyak rambut CODE 10 dari raga moto. Dibuka kemas dengan tangan kasarnya. Lalu abu rokok dipetik dengan penuh cermat ke dalam bekas CODE 10. Aku tau bekas tu memang dah hampir 2 tahun menjadi penumpang dalam raga moto honda dia. Selama itu juga ashtray itu tetap setia menjadi peneman Yazal di kala kesunyian.
Berbadan sedikit sasa dan tegap, Yazal menghembus nafas panjang. Mengeluh berat macam ada masalah negara. Sedangkan exam akhir semester baru saja habis. Tak mungkin dia kecewa dengan exam yang baru lepas sebab bab-bab study ni , Yazal dah genggam abis sampai lumat .Yazal usha aku yang masih setia duduk depan pintu. Aku usha tunggu reaksi yang bakal dia tunjukkan.
Dalam minda dan hati aku, kawan-kawan yang ada masalah macam ni jenis pendam-pendam. Dan kita sebagai manusia perlu mendengar ataupun tolong setakat yang mampu. Aku tunggu dia luahkan apa masalah dia. Manatau aku dapat tolong. Semoga dia tenang lepas cerita masalah dia. Kalau tak masalah duit, mesti masalah cinta.
"Pett..." Yazal lembut memecah kebisuan petang. Keluhan yang berat terpancar dari riak kusam Yazal.
"Ko tau tak kod lagu Bunga Larangan UG14?"

kahkahkah.. itu lagu legend. yazal is the best, the best is yazal.
ReplyDeletesiam: haha.aku teringat kat dia pulak tadi. mmg legend la Yazal.
ReplyDeletelagu tu legend woii.. wlpun jiwangsss.. hahaha
ReplyDeleteOtai punya lagu ni. Member gua Yazal ni tau main gitar lagu ni saja.haha.
ReplyDeleteyazal bikin mende sekarang ni weh?
ReplyDeleteYazal ni budak mana bro? Boleh kenal-kenal dgn dia ni. hehe.
ReplyDeletekoq:Dia manager 7E kt Tambun or area Ipoh. Dah berjaya skg.
ReplyDeleteSilent: Budak Sg Siput Perak. Lu cari dia kat sana. Otai tu.haha.