Wednesday, March 24, 2010

Bukan cerita pasal Friendster

Facebook ni ada jugak dia punya kebaikan. Aku ingat dulu facebook ni tempat usha awek-awek seksi. Boleh jugak sekali sekala cuci mata. Tapi sebenarnya lebih dari itu. Maksud aku lebih dari sekadar mendapat kawan baru dan berjumpa kawan-kawan lama. Bukan sekadar nak usha awek-awek baekkk.

Sebab facebook aku jumpak ramai kawan-kawan lama. Yang baru turut berhubung. Kitakan kawan-kawan. Nak melepak 24jam sehari tak dapet la bai. Keje yang bersusun kat opis tu sapa nak kasik handle?Dapat jugak la kita merepek bertanya kabar sesama kita. Itu yang penting. Terus berhubung walaupun ada yang dah kawen dan bersusun anak-anak diorang. Pelbagai kisah boleh kongsi dengan kawan-kawan. Dari sarapan pagi sampai la melantak tengah-tengah malam. Macam-macam cerita boleh tercetus. Tak kira itu cerita gembira atau kecewa. Tapi itu kisah masing-masing,kita sebagai kawan akan tumpang gembira,sedih,marah atau suka.

Dengan facebook jugak aku dapat pantau adik-adik aku. Adik-adik aku yang darjah 4 sampai tingkat 3 tu aku larang sama sekali berfacebook. Jangan harap abang nak add hangpa dalam facebook abang. Aku tibai sorang-sorang nanti. Budak-budak pi main friendster dulu. Yang aku maksudkan 3 orang adik-adik aku yang berumur 18thn ke atas. Yang dah kawen tu tolak tepi sebab dia di jaga rapi oleh adik ipar aku. Tapi adik aku ni pulak yang duk pantau aktiviti pembaziran aku. Kantoi la aku kat kampung nanti. Nasib baik mak bapak aku tak pandang sangat hal-hal facebook ni,kalau tak mesti diaorang dah terjebak bercucuk tanam dan membela ikan.

Salah sorang adik aku yang study ni aku pantau secara tak langsung. Aku usha melaui status-status kat facebook dia je. Sebenarnya aku bukan nak pantau sangat aktiviti adik aku ni. Sebagai abang kena ambik tau sikit-sikit. Apa yang dia buat aku rasa dia boleh pikir mana yang baik buruk. Aku ni abang yang boleh bawak berbincang. Boleh jadi kawan baik kepada adik aku. Aku tau dia dengar cakap aku. Aku tau dia boleh berdiri dengan kaki sendiri. Aku takkan tolong kalu hal-hal remeh temeh.

Yang penting pengalaman. Pengalaman yang boleh menjadikan dia lebih bagus. Nak gaduh ke apa ka, tu pandai-pandai la guna skil apa pun. Dia ramai kawan. Biar ramai kawan, tapi jangan ada musuh walaupun sorang. Kadang-kadang mengalah tu bagus jugak sebab mengalah dengan musuh bererti kita menang. Musuh yang kalah. Gaduh-gaduh jugak, result tu jangan lupa kasi letup. Kalau kantoi aku belasah. Tak kira.

Banyak benda kalau nak crita pasal menatang facebook ni. Nak tulis panjang-panjang bukan luorang nak baca sangat. Facebook ni ada baik ada buruk. Ada sedih ada kesian. Yang baik contohnya bila kawan-kawan semua happy. Yang kesian kalau status facebook adik aku berbunyi ini macam:


"Hari ni maggi masih menjadi santapan utama.hu hu hu"


Mau aku tak kesian? Kesian beb.




Tapi aku pun makan maggi jugak. Cuma taruk telur ayam sebiji. Sedap sikit dari dia. Kesian jugak kan?




Hujung bulan beb.

11 comments:

  1. len x prepare beras...kokak2 blh goreng teloq mkn ngan toyu....
    ni nasehat dr pengalaman ni...heh!

    ReplyDelete
  2. hang kan abang..
    abang kena la pantau adik²..
    kalau salah..tabuh lebih kurang..

    :P

    ReplyDelete
  3. haish..abang pun santap maggi jugak ke?

    hari tu belanja budak praktikal kat sushi king terus pokai?

    ReplyDelete
  4. ouhh... aku pun dah tak ingat hari2 aku makan apa sebenarnya. yang pasti satu hari sekali makan.

    ReplyDelete
  5. adik lu makan maggi tapi yang dibeli kat mapley. maggi goreng udang lagi kan. dia saja buat lu sayu sayu caring (dia tau lu dok pantau). hehe

    ReplyDelete
  6. affendi:berasss pun dah abiss daaa..hg ada beras lebih?haha

    hanie:adik2 pun kena pantau aku jgk kan?sian abang depa ni..hehe

    purple:tu la pasal..kalau ada lebih mmg nk ajak cik purple sekali hari tu..haha.

    leyha:Keje Gomen esok gaji la.opis wa ni 29 baru dpt.blanje wa mkn seminggu.hehe

    aslina:Pehhh..amat jimat dan pinggang akan ramping selalu.aku 4-5kali mkn sehari.hahaha

    dewajiwa: wa pun agak camtu..mungkin dia taruk ayam sekali tu..wa taruk telur ayam je bai.haha

    miss:Tolong masak kat wa boleh?mesti sedap kan?hehe

    ReplyDelete
  7. megi pon best ape... makanan popular... masuk tv tu...

    ReplyDelete
  8. haaaaaa......ni yg rasa mcm nak bebel nih.....

    ReplyDelete
  9. Alahai .. sayangnya abang kat adik-adik dia ;D Tapi mmg betul pun, aku nmpk byk kebaikan Facebook ni. Aku membesar lebih kpd keluarga belah bapak aku. Keluarga belah mak jumpa sekali kala bila ada kenduri atau perayaan. Keluarga belah ayah, setiap hari kot lepak sesama! Tp bile da besar, da bawa haluan masing2, jadi renggang lah kan. Melalui Facebook aku rapat kembali dgn kedua2 belah keluarga. Seronok! Bila jumpa, tak segan. Byk gile benda boleh borak.

    Ceh Dah macam jejak kasih bunyinya! ;D Hahaha!

    ReplyDelete