Wednesday, March 17, 2010

Budak Praktikal Part II

Dua orang student praktikal aku akan tamat berkhidmat lebih kurang 2minggu lagi. Yang laki ni mungkin saat itulah yang dia tunggu-tunggu. Rasa macam berada bersama banduan-banduan penjara selama 4bulan. Yang perempuan kira macam berada di persatuan lelaki-lelaki kacak. Lebih kurang la.

Cara pengajaran aku kepada 2 jantina adalah berbeza. Yang laki-laki mestilah kasar sikit. Baru jantan. Yang perempuan pulak aku ajar cara yang lebih berhemah. Tak baik berkasar dengan pompuan. Apa yang aku ajar itu untuk kebaikan masa depan mereka. Alam kerja ni bukan sama macam masa study. Masa praktikal kau buat salah kira boleh kaw tim lagi. Kalau dah keje, memang kena tiaww kaw kaw.

Tadi yang pompuan datang cakap kat aku yang lepas ni pihak universiti pilih dia pi sambung praktikal kat company Jepun selama 2 minggu. Pehhh. Bagus betul. Masa aku study kat situ dulu,takde pulak buat rombongan macam ni. Kalau ada pun aku pasti aku takkan terpilih. Dia cakap 2 orang je yang terpilih. Sorang lagi laki. Tapi bukan mamat kat opis aku. Kira best student la awek ni. Dan terbukti aku bukan best student dulu. Tu la sapa suruh sibuk bercinta.

Program ini melibatkan beberapa lagi universiti. Entah apa yang budak-budak ni nak buat kat sana aku pun tak tau. Aku rasa lebih kepada rombongan sambil belajar. Selain itu boleh mengambil gambar-gambar untuk tatapan di Facebook masing-masing. Jepun beb. Kampung Maria Ozawa tu. Semoga rombongan ni boleh memberi faedah dan manfaat kat budak-budak era Facebook ini dan tidak akan terpengaruh dengan aktiviti membuang bayi dalam tong sampah dan lari ikut boypren ke Lombok.

Aku tengok mamat praktikal opis aku termenung di meja. Macam kecewa sebab tak terpilih ke Jepun. Rilex la brader. Aku dulu mak aku tak kasi pi rombongan ke Melaka steady je. Takde menung macam tu. Aku walaupun nampak kasar, dalam hati ada taman bunga sama air terjun jugak. Mamat ni kena kasi semangat sikit. Alaa,bukan kau sorang je tak terpilih, ada bersepah lagi student kat U ko tak dapat pi Jepun.

Kira kau kat sini pun lebih kurang macam kat Jepun dah. Aircon punya sejuk sama macam kat Jepun. Amoi yang baru masuk keje minggu lepas pun lebih kurang Maria Ozawa dia punya body. Muka aku ada iras-iras Takeshi Kaneshiro pulak tu. Takkan tak cukup Jepun? Sebagai antara senior yang prihatin aku tak mau budak-budak kecewa, nanti boleh menggangu kerja.

"Ko ni apsal muka monyok?Dah macam orang putus cinta aku tengok."

"Takde ape-ape bang..cuma frust sebab tak terpilih pegi Jepun bulan depan."

Jawab dia kecewa. Kesian jugak aku tengok. Dari wajah kecewa tu nampak harapan yang hancur berkecai. Dengan sedikit pengalaman aku cuba memberi semangat kat mamat ni. Aku bukannya kejam sangat. Setakat nak kasi motivasi boleh la sikit-sikit.

Mamat masih termenung. Dengan tenang aku menepuk bahu dia dan berkata...


"Nanti aku bawak ko pi Sushi King"



Aku harap dia tak termenung lagi.

10 comments:

  1. waaah..gila untung dpt pi Jepun..

    cian lak budak laki tu kan..

    takpe2, nanti kalau pas pi Sushi King dia monyok lagi, pesan kat dia ade akak prihatin kirim salam~

    heheh. nak banje die, duit banje sendiri pun tak lepas~

    ReplyDelete
  2. ok..aku sgt jeles..

    nape time kite praktikal dulu xde hantar pi Jepun??

    melepas aku nak jumpe Oguri Shun..huhuuhu

    ReplyDelete
  3. bawak pi bukit tinggi pun buleh...

    ReplyDelete
  4. bawak aku p sushi king sekali boleh?

    ReplyDelete
  5. takeshi kaneshiro??
    dan2 rasa nak jatuh cinta..


    hahahahaah!!

    ReplyDelete
  6. alahai ye ke mcm takeshi kaneshiro?? klu camtu meh aku banje ko arr susshi king ekeke

    ReplyDelete
  7. haha... dats so sweet...
    wa nak ikut, tp wa xmkan sushi... huhu...

    ReplyDelete
  8. purple:akak prihatin patut prihatin sekali kat abg pett.kena blanje dia jgk.haha

    kejora:dulu U kita xcukup duit nak hantar kita.lagipun memang kita xdpt pegi pun kalu ada program camtu.xlayak.haha.

    fendi:Kena beli baju sejuk skali kat mamat ni.makan modal sikit.haha

    anoy:bole..tapi camne kita nk contact.hehe

    hanie:Jatuh cinta dengan aku pun lebih kurang je dgn Takeshi tu.haha

    anas:Jadila..cadang aku nk bwk mamak saja.tapi macam kt Bangladesh pulak.hehe

    miss:Ok..bila nk blanje?aku nk mkn kt tempat lain.sushi xbest.xkenyang.hehe

    crazy:Ok baby.jom.minggu depan..ada bran???turun sini la.haha

    ReplyDelete
  9. eh!aku pun hampa x penah sampai jepun.



    belanja la aku sushi king sekali.hee

    ReplyDelete