Tuesday, February 3, 2009

Maafkan aku...aku bukan diciptakan untukmu...

Tahun 2002:

Pertama kali aku menjejak ke kolej itu terasa bagaikan satu permulaan baru yang harus aku lalui. Bermulalah semangat baru aku untuk berjaya setelah aku gagal pada peluang pertama dulu,aku akui aku telah mengecewakan ramai orang terutama ibubapaku.Aku perlu ke universiti tahun depan!

Aku putuskan cintaku dengan kekasihku ketika aku diberi peluang ini. Alasannya...aku mahu lebih tumpuan pada pelajaran. Dia menerimanya dan tidak pula menghalang kerana dia juga perlukan ruang kebebasan di universiti. Tidak mahu terikat dengan percintaan yang belum pasti penghujungnya.

Ketika di kolej ini, aku mengurangkan aktiviti-aktiviti nakal aku dahulu. Ahh..peluang ini tidak perlu aku lepaskan. Tidak mahu aku gagal lagi. Sejak aku di sini, aku sering diperhatikan oleh seseorang. Gaya lemah lembutnya sering menarik perhatian orang disekeliling. Aku sedikit pun tidak ambil peduli setiap jelingannya padaku. Bagiku tujuan aku ke sini adalah untuk menuntut ilmu. Bukan untuk belajar tentang selok belok percintaan remaja yang penuh dengan angan-angan dan harapan kebahagian yang belum pasti dimiliki oleh tiap-tiap pasangan yang bercinta.

Setiap kali aku ke kantin,dia akan ada disitu seperti menunggu kehadiran aku. Sambil makan dia memandang aku dari jarak jauh. Sekali sekala ternampak dia melemparkan senyuman manis kepadaku. Aku hanya membalas senyumannya secara ala kadar supaya aku tidak dilabel lelaki sombong nanti.

Lirikan matanya membuatkan bulu roma aku berdiri tegak. Aku hanya memalingkan pandangan aku ketika dia memandangku. Adakalanya aku rimas di pandang sebegitu rupa. Tiap kali dia lalu akan kedengaran suara-suara dan siulan pelajar-pelajar lelaki lain di situ.

Ya,dia cantik, berkulit putih,berdahi licin ,lenggukan pinggul yang menggoda & suara yang kedengaran agak manja. Mungkin ramai yang menyukainya. Tetapi tidak bagi aku. Bukan jual mahal ataupun ego,tetapi itu adalah mustahil bagi aku untuk bersamanya.

Pernah dia menghadiahkan aku coklat Cadbury dan sekeping nota kecil sebagai tanda dia ingin berkenalan denganku. Aku tidak menolak pemberian coklat itu...tetapi aku menolak hajatnya untuk berkenalan denganku...

Pelajar-pelajar lelaki lain nampaknya sudah tahu dia menaruh minat terhadapku. Ada yang tersenyum sinis dan tidak kurang juga yang memandang aku dengan jelingan-jelingan tajam .Aku hanya mengabaikan perkara tersebut. Bagiku,cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi pembelajaran aku di sini akan tamat. Dan selepas itu aku akan hilang dari pandangan matanya dan mungkin dia akan terus melupakan aku. Aku bukan di cipta untukmu...lupakan aku...

Pernah sekali rakanku yang sekelas dengannya memberitahuku bahawa si dia meminati aku sejak pertama kali aku menjejak kakiku di sini.

"Woi..,Sally minat sangat kat hang. Hang macamana?" ucap Fadil tanpa berselindung ketika aku sedang mentelaah pelajaran di dalam bilik. Sally...nama si dia...si dia yang sering membuat aku tidak tentu arah ketika belajar di situ. Aku hanya memandang sipi ke arah Fadil sambil tanganku terus menulis nota-nota untuk pembelajaran esok hari. Banyak masa aku disini dihabiskan dengan buku-buku yang dahulunya aku hanya gunakan untuk memenuhkan ruang meja supaya nampak seperti seorang yang rajin membaca.

Aku menyalakan sebatang rokok...aku hembus asap-asap itu keluar memenuhi ruang-ruang kosong bilikku...sambil aku menjawab soalan Fadil...



"Hang gila nak suruh aku bercinta dengan LAKI!!!Dah nama elok-elok Sallehudin nak buh nama Sally!"

Setiap malam ketika aku tidur,bilik aku akan dikunci sebab bilik Sally betul-betul depan bilik aku...seram sungguh aku...

13 comments:

  1. hehe.
    memilih sangat ko ni pett.
    sian sallehudin tu.
    =))

    ReplyDelete
  2. auw...sally?
    syg,u gebu sgt kot time tu...hahaah

    ReplyDelete
  3. haha..
    gila la ko nie..
    tapi mampu r buat aku tersengeh sengeh..pagi ni..
    lalala

    ReplyDelete
  4. muahaha sally jadah. kira ko ni jejaka idaman lelaki dan wanita la ka.. ya ak awwww xD

    ReplyDelete
  5. cikenit:Aku mmg cerewet skit...tapi kalu si Sally nie,aku dah dgr nama dia pun aku dh reject!hehehe..

    Faryn:Sebab gebu kot dia pernah hampir-hampir peluk i dlm toilet...plezzzz...hehe

    art;love:Aku masih normal tau...blum gila lg...hahha...teruskan senyumanmu tu...:)

    i.am.belle:Mungkin sebab aku nampak cute di mata mereka..wahaha..

    ReplyDelete
  6. hehe..
    ayat.. boleh wat novel nie..
    tapi mmg la golongan 'sally' kat ipt mmg 'agak' cun la.. tapi rasenye klu jadi laki pun depa good looking gak ler..
    aish.. kenape kah mereke ini x 'lurus'...

    ReplyDelete
  7. gila..
    cmne klu sally tu gila angau kat kau pastu dye tendang pintu tu
    haha..pe kau nak buat? =]

    lalalalala

    ReplyDelete
  8. Ony:Sebab mereka bengkok sket..tp ada jugak yg ok..ramai yg lembut saje,tp hati kental...hehe..

    Anas:Ada adegan yg lagi seram...saja gua xcita...haha..

    phikool thong:Aku sanggup terjun tingkap...xrelaaa uuu...awww..haha

    ReplyDelete
  9. Aku try gambar kan macam mane lah rupa Sally tu..Mesti die hot gler!! tu yang buat hang jual mahal nak mampus!!betul kan kan kan....sally...sally...

    ReplyDelete
  10. off topic sat:

    darling,u kena tag.WAJIB jawab..

    http://sukaconteng.blogspot.com/2009/02/antara-gadis.html

    ReplyDelete
  11. Budak hijau:Aku lebih rela membunuh diri dr memilih dia...tidakkkk!hehe

    Ceker Ayam Atos:Xpyh susah payah bayangkan...pernah tgk cita SUTUN?hah..mcm tue la...

    Faryn:Ye ke darling?ohh...i tpaksa jawab...soalan agak mencabar kelakian i nie...haha

    ReplyDelete