Waktu itu telah tiba. Allah lebih menyayangi dia.
Hari ini seseorang yang aku kenal telah kembali ke kepada-Nya. Seorang yang aku anggap seorang sahabat dan juga seorang abang. Seorang yang sentiasa berkerja keras untuk keluarga tersayang. Aku kagum dengan kegigihan arwah. Dia pernah berkata "Aku kerja untuk isteri & anak-anak aku". Arwah pergi dalam usia muda. 33 tahun.
Tapi kita semua akan pergi juga suatu hari nanti. Masa itu akan tiba. Tapi jangan di tanya bila. Kita tidak perlu tahu harinya. Tidak perlu menghitung jam, minit & saat. Tidak perlu tahu bagaimana atau dimana. Jika itu yang ditakdirkan. Kita perlu redha. Walaupun itu adalah kesedihan yang amat di rasai. Kita perlu sedia menerimanya. Tidak kira masa itu adalah untuk kita atau orang disekeliling kita.
Sejujur-jujurnya arwah seorang yang amat baik. Tiada sebutir zarah pun arwah menyakiti hati aku ataupun kawan-kawan lain. Kami sentiasa bekerja sebagai satu pasukan. Bergembira pula sebagai satu keluarga. Kehilangan arwah memang aku sebagai kawan amat terasa. Aku tahu kawan-kawan lain juga merasai apa yang aku rasa. Kita redha akan kehilangan ini. Bukan lagi mimpi.
Aku doakan Kak Fidah dan anak-anak akan kuat dalam menghadapi kehidupan ini. Aku tahu anak-anak arwah masih belum mengerti apa itu erti kehilangan. Masa itu akan tiba dan mereka akan mengerti. Suatu hari nanti mereka juga akan sedar bahawa ayah mereka adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Dan ketika itu juga, mereka akan bangga mempunyai ibu yang tabah dan cekal. Itu adalah ibu yang terbaik bagi mereka di dunia ini.

Kenangan terakhir kami bersama arwah. Semua ini akan kami kenang sampai bila-bila. Semoga arwah & abang kandungnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang beriman. Al Fatihah.
sedih dowh..semoga arwah pergi dgn tenang hendaknye...masih tingat masa2 kite bsama arwah....arwah mmg sorang sahabat yg x boleh dicari ganti....
ReplyDeletehaqz:Betul bro..tapi yg pegi tetap pegi.biar kita pegang kenangan kita dulu2 bersama dia.arwah adalah sahabat yg tiada ganti.
ReplyDeleteAl-Fatihah......
ReplyDeleteHilang sorang abang aku...
sebanyak mn pn kita sygkan seseorang..besar lg kasih sayang Dia..
ReplyDeletesemoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan kekasihNya...
amin...
al fatihah..
ReplyDeletekehilangan yang btol2 dirasai..
ReplyDeleteAl-Fatihah..
salam takziah pett.
ReplyDeleteaku baca dalam paper,
then baca kat facebook hang baru tau arwah kawan hang.
be strong brother.
al-fatihah...
sedih.. mcm tak sangka dia pegi dlm usia semuda ni.. Al-fatihah
ReplyDeleteThanks to all of you sbb sedekahkan Al Fatihah utk arwah.
ReplyDelete