Hari tu aku balik dengan hati penuh bunga-bunga. Kad nama Leni aku sisip kemas ke dalam poket baju aku yang berbutang. Takut cicir. Laptop yang aku beli aku tak pikir sangat. Fikiran lebih ke arah operasi SMS Leni.
Sampai rumah. Mandi. Makan?Tak payah.Dah kenyang masa tengok muka Leni tadi. Budak umah aku tengok aku macam nak lempang muka aku. Aku dah angau. Semangat nak pergi kerja meningkat secara mendadak. Dah pikir tiap-tiap kali nak lunch, pukul 12 tengah hari dah cabut pi Jaya Jusco. 1 jam 30minit akan di habiskan dalam Harvey Norman. 30minit untuk makan.
Sampai rumah. Mandi. Makan?Tak payah.Dah kenyang masa tengok muka Leni tadi. Budak umah aku tengok aku macam nak lempang muka aku. Aku dah angau. Semangat nak pergi kerja meningkat secara mendadak. Dah pikir tiap-tiap kali nak lunch, pukul 12 tengah hari dah cabut pi Jaya Jusco. 1 jam 30minit akan di habiskan dalam Harvey Norman. 30minit untuk makan.
Malam itu dengan penuh senyuman aku hantar SMS kepada dia.
"Hai Leni, thanks sebab your service masa saya beli laptop tadi"
SMS ni memang tak boleh blah. Salam pun tak bagi.
Tit..tit.
"Hmm.Saper ni?"
Lupa pulak aku nak bagitau aku sapa. Dia bukan tau nombo hanpon aku. Dia jugak tak tau yang aku rembat nombo talipon dia secara senyap. Ni amalan yang kurang bagus Jangan amalkan. Mengambil barang orang tanpa pengetahuan seumpama mencuri. Berdosa.
"Saya customer awak yg beli laptop petang tadi. "
"Ooo..En.******..Oh ya.ada apa2 problem ke ngan laptop?" Dia mereply.
Ada respon tu. Usha sikit jari beb. Ada can.
"Laptop ok. Saja nak wish tank U kt awak."
Alasan biasa la. Ayat nak pancing memang cenggini. Dia reply lagi.
"Ok.No problem.:) So,ada apa2 lg yg sy leh tlg?"
"Ok.No problem.:) So,ada apa2 lg yg sy leh tlg?"
Tanpa ayat yang berbunga-bunga aku secara direct selling SMS dia:
"Saya nak berkenalan dengan awak la Cik Leni"
Hah!Itu ayat yang paling bodoh aku pernah taip dalam sejarah hidup aku. Macam budak sekolah. Sebagai nasihat jangan pakai ayat ni secara meluas,terbuka dan membabi buta. Kesannya amat jelas dipenghujung nanti. Dia membalas SMS yang berharga 20sen per SMS ketika itu.
"Ooo.Ok ok.Kenapa awak nak berkenalan dengan saya?"
Soalan ni lagi susah aku nak jawab berbanding soalan Kimia masa SPM 1999 dulu. Berpeluh jugak aku pikir nak jawab.
"Sebab awak comel." Ringkas jawapan aku seperti mana jawapan aku dalam paper kimia dulu.
"Hmm.Habis tu kalau semua awek comel,awak nak berkenalan ke?
Jawapan balas bercampur soalan bonus untuk aku jawab. Habis terus peluh aku dalam badan. Kering dan membasahi permukaan kulit secara meluas. Aku dapat merasai kegagalan seperti mana aku rasa masa menjawab paper Kimia dulu. Baru 2-3 soalan aku dah rasa macam nak gagal. Belum masuk bab formula-formula lagi tu. Belum sempat aku membalas,dia potong dengan satu sms:
"Ok.Saya sibuk skit skrg.If ada apa2 problem psl laptop awak bole inform saya ye"
"Ok.No hal. Next time saya msg awak." aku membalas dengan harapan lepas ni boleh SMS gudnite or sweet dream kat dia tiap-tiap malam. Sweet kan?Harapan tinggi betul. Baru je nak try wish gudnite dengan takecare, dia sms:
Tit..tit..
"Oh ya.hati saya dah berpunya.:P"
Harapan?
Hancur...
***Tapi Result Kimia masa SPM 1999 aku tak hancur. Aku lulus dengan cukup-cukup makan.
rilek. janji kimia hang tak hancur
ReplyDeletewohooo...
ReplyDeletekecewa siot...
biasa kalo org tanye single ke tak, ak akan cakap ak dah kawin... hm...
ReplyDeletehehe bkn jodoh ko kot ehe
ReplyDeletecik leni da dpt hidu unsur2 sms seorg buaya di situ..haha
ReplyDeleteanas:Aku rilex selama seminggu tanpa mengunjungi Harvey Norman lagi..haha
ReplyDeleteaslina:Hancur hati..berkecai jiwa ooo..hehe
crazy:Aku tak tanya dah tau dh..lu macam nenek ada 10org cucu..haha
cik biol:Jodoh aku mungkin di Seng Heng ataupun Court Mamont..hihi.
fara:Aku rasa juga begitu..mungkin dia igt aku lebih dr buaya..tp sebenarnya aku tdk begitu..haha
gagaga..taktik ngorat awek tuh silap bro..
ReplyDeletetape bley usaha lagi di court mammoth plak..
haha
kesian...
ReplyDeletehahhahahahaha...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKAH KAH KAH (amik, gua taip tulisan besar kasi puas gelak). siut lah jawab Kimia main comelcomel. tak bleh blah
ReplyDeletemcm mn buleh terlepas entry ni..?
ReplyDeletexpe la..
xsampai hati nk gelak ke deme..
:P
oh!
ReplyDeletesadis!
heh!
agak tragis sms bls dr cik leni tu..hehehe.
ReplyDeletewoih..da bli lum beskal?
ReplyDeleteaku jumpa lubuk.buleh la nak survey2 harga.
http://bicyclebuysell.com/
Rambang gak mata aku.