Tuesday, January 6, 2009

Pengalaman manis aku menghantar anak ke sekolah...

"Papa..papa...cepat...nanti lambat",Daniel memanggilku ketika aku sedang bersarapan dgn isteriku.Tersenyum kami melihat telatahnya yg akan bersekolah pada hari ini. Tak sabar rasanya untuk melangkah ke alam persekolahan yang di idamkannya itu.

Aku memandang isteriku yg memangku anak kecik kami,Alisya dengan lirikan manja anak mataku.Dia tersenyum manis.Alisya yang baru 1tahun usianya ku cium. Terpancar wajahnya yang comel,ikut muka ibunya. Manis sekali.

"Ok sayang,abang pergi dulu.Jaga diri baik-baik,"kataku pada isteri tersayang.
"Baik bang..."balas isteriku sambil mencium tanganku ketika ku mahu melangkah keluar rumah. Alangkah bertuahnya aku dapat memiliki isteri yang amat penyayang dan bertanggungjawab. Tersenyum aku sendirian ketika mengenang saat perkenalan kami 8 tahun lalu.

Daniel sudah lama menunggu di dalam keretaku. Sejak sebulan lalu dia meminta beli itu dan ini.Beg baru,kasut baru,kotak pencil baru..segalanya baru...begitu teruja dia mahu ke sekolah,aku bangga dengan semangatnya yang bakal menduduki darjah 1 tahun ni.Lambaian dari isteri tersayang kulihat ketika BMW ku meluncur keluar dari rumah bangloku.

Hari ini aku keluar awal,maklumlah,hari pertama Daniel di sekolah.Daniel tersenyum sendirian sambil memandang keluar tingkap,mungkin dia mencari-cari kalau-kalau dia ternampak rakan-rakannya semasa di tadika dulu sepanjang perjalanan ini. Daniel..Daniel..aku tersenyum melihat rupa comelnya,mungkin dia akan menjadi kegilaan murid-murid perempuan di sekolahnya nanti...

Tiba disekolah,aku masuk sambil memimpin tangan Daniel.Dengan penuh rasa bangga Daniel berjalan dengan memandang murid-murid lain di situ. Ku lihat pelbagai ragam murid-murid tahun 1 di situ.Ada yang menangis memanggil ibubapa mereka. Teringat zaman-zaman aku kecil dahulu,ragam ini xpernah berubah.

"Abang dh sampai ke?Daniel mcmne?Nanti dah sampai ofis abang msj ayang k.:)"

Mesej dari isteriku.Memang dari dulu sampai sekarang xpernah berubah,segalanya masih manis seperti zaman-zaman bercinta. Betapa bahagianya aku memilikinya. Kehadirannya sentiasa aku rasai setiap saat dan ketika walau dimana aku berada.

Segala urusan pendaftaran selesai. Ku lihat Daniel steady dengan beg sekolah "Ben 10"nya itu.Ku pasti dia tak akan menangis jika aku tinggalkan dia. Selama ini aku telah ajar dia erti berdikari,berani dan hormat setiap orang disekelilingnya. Aku tahu dia faham. Kerana dia anak Papa!

"Daniel,papa pegi kerja dulu.Daniel jangan nakal-nakal ok",kataku sambil mengusap kepalanya.Rosak sedikit rambutnya yang ala-ala Zakuan Adha itu.

"Ok papa.Jangan risau.Daniel boleh jaga diri.Papa selalu cakap,anak lelaki mesti kuat!".kata Daniel dengan senyuman manis tanda keyakinan kepada aku...


Dalam perjalanan aku ke pejabat...


"Alangkah bahagianya jika semua itu tadi satu realiti di saat ini....",kataku yg sedang mengharungi kesesakan jalan raya di hari pertama sekolah dibuka!


Kalau aku keluar lewat sikit tadikan bagus!

11 comments:

  1. haih~aku dh agk aku di tipu...

    entri mncari jodaoh kah..?heheheee..

    ReplyDelete
  2. haha... xley bla...
    kot ye pon xyah la bmw tuh...
    daniel tuh... akaka
    da siap pk nama anak sulung lg...

    ReplyDelete
  3. celaka! apsal nama anak lu sama ngn nama gua? cari nama lain la woi!

    ReplyDelete
  4. wah wah..berangan yg bermakna tu..

    ReplyDelete
  5. huhu..
    citer melayu...
    org kaya!
    hidup bahagia!
    bini chantek!
    anak comel aka nama cute!
    in da reality..alamak..
    tapi sgt fun di baca
    :P

    ReplyDelete
  6. Ceh..Koya..Xble tahan BMW ko tu!! Nak hebat jer!!Bonglo..Nama anak nak sedap!!hahahahahaha

    ReplyDelete
  7. Budak Hijau:Tgh kumpul jodoh..boleh camtu?hehehe.

    Crazy_labelle:BMW tue nti impian...nama anak2 aku aku dah stanby dh...hahaha.

    Daniel Izwan:CIttt..tetiba tukaq nama plak...siot tul..lu Dani,anak gua Daniel!!!

    Kejora Yg Malap:Biar koya dari buaya...ok x?

    Faryn:Hidup kena ada angan2,baru nampak impian..xgitu cik Faryn?hehehe.

    Art;love:Semoga impian aku jadi kenyataan 2tahun lagi...boleh wat drama nie...

    Ceker ayam atos:Huh..mestila..hahaha...biar lebih,jangan kurang...angan2 tiada batasan...

    ReplyDelete
  8. ok..sib baik ko tak berangan berbini empat yer...lalala

    ReplyDelete
  9. haih.
    kronik sangat dah ko ni pett.
    pegi carik gelpren cepat.
    pastu nikah trus.

    btw, name anak sume dah siap tu...
    hebat ko ni pett.
    :D

    ReplyDelete
  10. Faryn:...ssshhhh...slow sket...tue ada dlm perancangan tue..(berbisik)..

    Cikenit:Gelfren????abih tue bini aku nk letak mana?anak2 aku sapa nk jaga?hahhaa...
    ***nanti aku dh ada gelfren aku kasitau la...(**malu-malu)

    ReplyDelete