Sunday, November 1, 2009

Panggilan pagi dah ada yang panggil sayang.Uuu..manisnya.

Sepanjang minggu lepas masih sibuk kerja sampai lupa nak makan. Tapi masih belum kurus. Harap dapat kurus sebelum raya haji. Baru beli pil kurus supaya kenyang dan ramping. Mulai esok juga aku akan lupakan makcik nasi lemak yang ada anak cantik itu selama sebulan. Harap anak dia tidak rindukan aku sampai nasi lemak mak dia tu tak laku.
Bulan ini hari Sabtu & Ahad telah penuh dengan acara penting. Tiada masa untuk melepak dan berpoya-poya. Urusan keluarga di utamakan. Tiap-tiap minggu akan berulang alik ke kampung dan tempat yang berkaitan.
Kerja masih seperti biasa. Talipon tangan adalah nadi kerja aku. 24jam melekat kat tapak tangan. Kalau talipon takde, bonus yang dijangka awal Febuary boleh hilang tanpa dikesan. Bermakna talipon tangan aku adalah satu sumber keuntungan company kecik aku.
Aku tido awal kalau hari kerja Isnin - Khamis. Talipon sebelah bantal dengan ringtone lagu "Cari Jodoh" ala-ala dangdut dari Wali. Celaka punya lagu. Satu malam aku tido macam biasa. Lelap dengan cepat tanpa pasang MP3 seperti tiap-tiap malam. Itu adalah tabiat aku sejak kecik. Perlu lagu untuk tido. Nanti bila ada isteri, dia perlu lebihkan latihan nyanyi selain memasak. Cuti hanya malam Jumaat.
Kul 5.30pagi.Talipon berbunyi. Aku jawab dengan mata terpejam. "Hello..."
Panggilan:"Hello sayang!Semalam i dah tido masa u call. Sorry ye sayang."
Dengan tenang aku jawab,"Ok.No problem. Jumpa kat ofis."
Aku letak dan terus tido.
Bukan awek aku pun.
Kepada awek tersebut aku ucapkan terima kasih kerana sudah lama tidak dapat panggilan sayang pagi-pagi buta. Lain kali sila semak nombor talipon balak anda dengan teliti.

9 comments:

  1. hahaha awek sape salah nombor tu ekk kekekeke

    ReplyDelete
  2. oit kasi aku no dia. aku pun teringin jugak nak ada awek panggil sayang2 ni

    ReplyDelete
  3. kan bes kalo ade awek pggl gua sayang masa tgh tido.

    ReplyDelete
  4. gedik la tu..tandanya sila cepat cari awek la weih...kah kah kah

    ReplyDelete
  5. keh keh keh..
    macam dodol. lawak yang pekat dan likat. ringtone pun lagu Cari Jodoh.
    try lagu ni plak: Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk nyanyian Flava. best weh.

    ReplyDelete
  6. samaira:yg pasti bukan awek aku.haha.

    anas:Oit..nanti Liyana Jasmey jeles oi.

    acap:Itu mimpi basah boleh dapat tu.wakakah.

    dila:Xstim sbb xmimpi.

    faryn:Sila kasik calon2 nya cik faryn.ada?hehe

    dewajiwa:Lagu tu mak aku kasik la.haha.

    ReplyDelete
  7. sengal tul leh salah number. number bf sendiri lak tu. hahaha

    ReplyDelete