Ketika ini, hujan masih berlanjutan di Kuala Lumpur. Aku masih di pejabat dengan mata kanan merah. Sakit mata barangkali. Semalam aku belum sempat mengendap sapa-sapa pun. Pagi-pagi sudah sakit mata.
Ketika ini, kampung aku sudah banjir. Tapi kawasan rumah aku tidak dinaiki air banjir lagi. Adik pompuan aku sudah pindah ke sekolah lain untuk amik SPM. Abang doakan yang terbaik untuk kamu.Adik-adik yang lain sudah gembira kerana sudah cuti awal. Sekolah tenggelam sampai pinggang kata mereka. Pinggang orang dewasa. Bukan pinggang budak sekolah darjah 1.
Ketika ini, aku masih di Kuala Lumpur. Di Perak yakni di Daerah Kerian sudah banjir. Tasik Bukit Merah sudah melimpah. Aku harap warga Kerian semua selamat. Termasuk rakan blog aku En.Anas yang menjadi pemuda harapan di sana. Harap hang dah buat rakit guna batang pisang.
Ketika ini, kawasan rumah aku sudah pasang khemah-khemah untuk petugas-petugas banjir dan petugas-petugas yang berkaitan. Khemah-khemah ini akan terus dipasang hingga 29/11/09. Untuk apa? Untuk majlis perkahwinan seseorang. Siapa? Kamu tunggu saja kad jemputan. Bukan main-main. Mungkin pengantin nanti bersanding atas rakit atau sampan.
Ketika ini, aku masih mencari rentak dalam melaksanakan segala plan-plan aku. Masih sibuk. Bukan setakat kerja. Tapi dari segala benda. Harap-harap majlis nanti berjalan lancar.
sape nak pengantin tue bro??xsabar aku..
ReplyDeleteeh ko nk kawen dah ke kekeke
ReplyDeleteok tu sanding ateh rakit rare kakaka
sanding atas rakit??
ReplyDeletepakai jaket keselamatan dok?
hahahah!
semoga
ReplyDeleteya lah..musim hujan..
ReplyDeleteowh ya..angah nak kawen masa raya haji ni kan..soh mak andam siapkan baju hujan ngan pelampung..barulah meriah...hehehe
ReplyDelete~0~:sabar2..nanti aku jemput ko jgk..bukan pengantin popular pun.haha
ReplyDeletesamaira:kalu aku kawen,aku nk atas kapal mewah..rakit dipertimbangkan dulu..haha
hanie:Baju pengantin tgh design agar kalis air..nti jemput dtg ler,mike tu bkn jauh pn dgn umah teman..haha.
pekerja:Semoga berbahgia?semoga selamat?moga2 semua berjln lancar..hehe
kejora:ya lah..musim banjir..tggnu pun banjir dok?hehe
faryn:Kantoi la i..haha..mak andam rasanya pakai baju hujan..
aku ingat nanti nak arak pengantin tu naik rakit satu bagan serai..
ReplyDeletesanding sanding jugak. jaga-jaga ikan jaws tasik ada tuh. wakakaka. senak perut gua baca mak andam pakai baju ujan. keh keh keh.
ReplyDeletesemoga semuanya selamat dan lancar.
ahk mike...teman ajak dtg raya pn mike idak sior..
ReplyDeletedekat cheh je pn kan..bak kata mike la..
hahaha~
huhu... wa nak jd sukarelawan banjir nnti...
ReplyDeletepengantin pakai baju hujan. kool gilak.haha
ReplyDeleteanas:Bole,kita arak ikut tali ayaq bagan serai tu.
ReplyDeletedewajiwa:Thanks bro.ni adik wa yg kawen.
hanie:marhi la kome dtg..bukan jauh pun..sekangkang kere je.hehe
crazylabelle:dah penuh.kt sana xmau pakai org lg.haha
vivi:Nanti ko pun dressup camtu.ok jgk kan?hehe