Tuesday, November 3, 2009

IKLAN Serius: Mencari Rumah Sewa

Ok. Terus ke point penting. Aku seorang pekerja swasta yang duduk di rumah sewa. Lokasi sekarang di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Bangi. Semalam masuk lagi sorang staff baru di office. Secara automatik ada 3 orang budak rumah. Bilik sekarang ada 2 saja. Rumah kembar dengan jiran yang ada anak separa nakal & nakal. Selalu conteng kereta aku,selalu ketuk pintu & dinding rumah, selalu menangis jam 4 pagi, selalu tutup meter air, selalu bising tiap-tiap pagi Sabtu & Ahad (hari-hari sebenarnya). Sudah 5bulan duduk situ.

Ok. Terus ke point penting. Rumah sewa aku sekarang sebenarnya ada 3 plug lektrik untuk aku guna. Tapi sekarang 2 sudah rosak dan tinggal satu. Rumah aku ada TiVi bukan plasma, Astro yang kalu tak bayar sebulan kena potong, Laptop ada 3 biji, gitar elektrik sebiji, pemanas air, DVD palyer,hanpon 6 biji, kipas pendek 2 biji dan tiada peti ais. Plug hanya ada satu. Satu. Pakai extension plug jadi 3 saja benda boleh cucuk. Pernah terbakar satu extension dulu. Nasib baik aku masih hidup dan sihat hingga kini.

Ok. Terus ke point penting. Sejak lepas raya aku sibuk. Sabtu & Ahad aku adalah hari sibuk merayau dan bertemujanji menghabiskan duit gaji. Sempat cari rumah hanya 2 kali sepanjang Oktober. Sibuk. Tapi tak jumpa. Ada jumpa, tapi tuan rumah adalah lelaki tua gay yang mahu duduk sekali. Nanti aku cerita. Celaka punya orang tua. Mahu aku pijak muka dia ramai-ramai. Oleh itu, sampai sekarang masih mencari. Cari dalam mudah.com pun pening. Banyak menyimpang dari mencari rumah sewa. Kalau ada pun "Rumah untuk disewa: Perempuan sahaja" atau "Rumah untuk disewa: Keluarga diutamakan". Adakah aku perlu kahwin secepat mungkin dan mencari jodoh orang KL?Duduk dengan mentua lebih jimat barangkali.

Ok. Terus ke point utama. Aku mahu cari rumah sewa. Lokasi yang diingini adalah BUKIT JALIL,SRI PETALING,KUCHAI LAMA. Tapi aku lebih tertarik ke kawasan Bukit Jalil. Kedengaran awek-awek di sana lebih ramai dan banyak pilihan. Bentuk rumah lebih berat ke rumah teres @ apartment yang ada parking untuk kekasih aku tido malam-malam. Lebih bagus ada Pak Pengawal. Sekurang-kurangnya ada orang yang jaga walaupun dia selalu tido makan gaji buta.

Ok. Terus ke point penting lagi. Kalau lu orang ada contact-contact, tolong email sama aku. Manatau lu orang ada family @ boypren @ gilpren @ scandal @ Datuk @ Datin @ sapa2 saja. Bulan depan nak gerak keluar dah ni. Berjiran dengan awek-awek adalah bonus untuk mencari jodoh.

Ok.Iklan tamat.

9 comments:

  1. hahahaha..
    lelaki tua gay. memang ambil kesempatan dalam kita yang kesempitan. syilakak. kesian gila

    ReplyDelete
  2. huahuahua
    nk cari jodoh kena jiran ngan anak dara
    camtu aku pun nk pindah cari jiran org bujang pulak !!
    muahahaha

    ReplyDelete
  3. mlm ni buzz my phone...ahahaha

    ReplyDelete
  4. cr kat puncak jalil la..sewa lg murah.

    ReplyDelete
  5. http://www.caribilik.com/

    ps:cari sini.byk bilik utk disewa.tgl pilih saja mana mahu.semoga berjaya:)

    ReplyDelete
  6. http://superzetymarlia.blogspot.com/2009/11/mencari-penyewa-umah.html

    hope this can help u..bukan area bt jalil tp bangi..dekat dgn ukm..byk gak awek tuhh!!ekekeke

    ps: tuan punya blog xd bg komisen kat i ye..tanpa niat nak promo

    ReplyDelete
  7. bro,
    ade lg x umah sewa area2 stu?
    klu ade pm ym ak.
    ee_fuzz107
    nk msuk cepat neh.

    ReplyDelete
  8. rumah sewa aku ni ada bilik kosong lagi satu.
    nak?
    kalo nak, nnt aku tlg cakap kat tuan rumah.
    :)))

    ReplyDelete