Wednesday, November 25, 2009

Cintaku kini Prosperity Burger

Sabtu lepas, lepas segala urusan perkahwinan adik aku selesai dan semua ahli keluarga aku dah balik, aku terus gerak ke Cinelesure Damansara untuk membuang masa aku sebelum melepak di malam hari nanti. Rasa-rasanya aku mempunyai masa yang cukup untuk memanfaatkan masa aku sebelum tiba waktu malam.

Baru pukul 6.00ptg. Berbekalkan duit yang serba kekurangan sempat jugak aku rembat kasut Adidas sepasang dua buat bekalan 2-3 tahun akan datang. Tanpa membuang masa mengusha awek-awek seksi di situ aku terus menuju ke panggung wayang. Dengan harapan masih ada tiket untuk filem 2012. Juga dengan niat untuk menginsafkan diri tentang hari kiamat serba sedikit.

Orang ramai. Berpasang-pasang dan berfamily-family. Aku? Berbekalkan hati bujang yang kental beratur dengan muka yang tiada perasaan cemburu terhadap pasangan-pasangan sekeliling. Apa adahal. Ada mamat mengusha rapat ke mata aku. Sebabnya, aku usha awek dia yang seksi tu.

"Lu apahal pandang-pandang gua?Nak kena hentak ke?Jaga awek lu baik-baik,nanti gua rembat baru tau." kata aku kepada mamat itu...dalam hati.

Aku tengok skrin nampaknya tiket 2012 dah sold out. Haram betul la. Aku duk beratur lagi ni. Dalam kepala otak dah terpikir nak tengok cerita Senario. Langsung tak gangster. Satu-satu pasangan depan aku berwajah hampa sebab tiket 2012 dah habis. Tak dapat la diorang bermadu kasih dalam panggung. Rugi-rugi.

Sampai turn aku, aku tanya lagi walaupun tiket dah sold out.

"Bro,filem dua ribu dua belas ada lagi?"

"Sorry bang, dah abis la" kata-kata mamat kaunter itulah yang menghancurkan jiwa-jiwa pasangan kekasih tadi.

"Kalu camtu kasi cerita Senario 2 jam" order aku dengan muka tiada kekecewaan.

"Berapa orang bang?"mamat tu tanya dengan harapan aku akan membeli 40 tiket Senario untuk memajukan industri filem Malaysia.

"Sorang je.."jawab aku.

"Hah?Abang datang sorang je ke?Ingatkan abang datang ngan awek tadi. Kalau satu tiket 2012, ada bang",kata mamat kaunter dengan muka celaka terkejut.


Dalam panggung:
Kelihatan seorang lelaki separa remaja menumpukan penuh perhatian terhadap filem 2012 tanpa menoleh bahagian kiri-kanannya yang dikelilingi pasangan-pasangan kekasih yang berpelukan. Lelaki tersebut hanya memeluk tubuh saja.

13 comments:

  1. kompom main redah he masuk hall lain ni..

    ReplyDelete
  2. memang kental tgk wayang sorang2~
    sy pon penah buat~lalalala~

    hehe

    'lelaki separuh remaja....'
    betul ke ni?separuh?remaja?
    haha

    ^_~

    ReplyDelete
  3. lain kali kita p wayang berdua pett. kesian pulak aku tengok

    ReplyDelete
  4. bekam:Kadang2 aku redah je..nasib abik hall betul.haha

    anakcikmad:remaja lagi..baby face ni..haha.

    ~O~:gua sabar je ni..kalu xsabar dh lama kawen oi...hehe

    anas:Ok sayang.kita tgk kt Bgan serai..panggung filem tamil kt pekan tu..haha

    ReplyDelete
  5. haih..bkn separuh remaja lah...
    ko kn kategori remaja bangka..
    hahaha!

    ~yop..idak balik raye ke? moh la..

    ReplyDelete
  6. sorang2 tengok muvi kadang2 pun layan apa...bleh bagi full concentration pada cerita =)

    ReplyDelete
  7. cik epal:Ye ke?ya dia bertuah sebab xmembazir beli tiket utk awek dia.haha

    hanie:Teman dah sampei umah dh ni..kome je yg x blk lg.org mude kena blk kmpg awl2.hehe

    aslina:Lain kali u temankan i ok..haha..hilang fokus aku.

    ReplyDelete
  8. haha..bg review cket utk 2012?ok x?

    ReplyDelete
  9. afendi:Sadis dan tragis betul..sapa la mamat tu kan..ish..ish..

    ada:Kasi review xreti,tapi kasi cadangan lain ok..sila tgk wyg sorg2,anda akan lebih beri tumpuan.hehe

    ReplyDelete
  10. alala lor sedihnya aku baca entri ni. apsal ko tak bawak Barney purple temankan ko... i lap u, u lap me, we are hepy family.. ahaha


    sabarlah intan payung. nanti2 adalah pasangan ucuk ko tu ;p

    ReplyDelete
  11. hhahaha..sy mmg biasa begini ya..
    mmg semua adik remaja jual tiket tu buat2 tanya brp org..padahal bukan tak nampak..mmg sorang...lol

    beli tiket satu byk kelebihannya:
    1) beli tiket last minit pun sure ada dn dpt port best2 punya
    2) tak payah share pop corn dan coke dgn org lain
    3) tak payah nak peluk2 senget2 rakan disebelah (gf/bf) sbb hanya perlu peluk diri sendiri
    4) bila movie dah habis..boleh cepat2 pecut dgn laju sesuka hati tak payah tgu credit keluar

    ReplyDelete