Friday, September 25, 2009

Cerita raya serba sedikit.Lepas ni cerita pasal lain dah.

Aku dah start keje ari Rabu aritu. Raya aku?Happening macam tahun-tahun lepas. Duit?Memang berhabis-habisan la tiap-tiap hari raya. Apa adahal. Semua untuk family jugak. Pokai bulan depan pun boleh hidup lagi.

Roadtax & Insuran keta aku dah mampus. Mampus aku. Tak banyak. Aku hanya memerlukan RM1,260.00 sahaja. Itu kira gaji bulan depan tolong cover. Yang penting raya punya pasal, aku enjoy.

Yang pasti aku teramat sibuk dengan kerja-kerja yang malas nak buat masa puasa dulu. Entry untuk raya hanya ini saja. Raya tahun depan la aku tulis lain.

Sekarang sila senaraikan rumah-rumah terbuka yang bakal diadakan oleh lurang semua. Aku nak susun tarikh agar dapat aku pi semua. Boleh bungkus bawak balik tak? Arini aku kasik gambar posing raya yang paling maut kat luorang.


Adik aku lagi sorang dah pi kutip duit raya. Yang sorang lagi tukang amik gambar.

Broadband kat kampung teramat slow macam celaka. Bakar lemang lagi cepat. Kerajaan Negeri patut beri perhatian terhadap kemajuan telekomunikasi di kampung aku. Patut tiap-tiap rumahdi bekalkan dengan internet @ wireless secara percuma. Baru boleh menang pilihan raya.

9 comments:

  1. hehehehe.....aku pun tgh kira open house ni...cover makan..

    ReplyDelete
  2. huhuhu..maut punya posing tu.
    road tax nie paling bagus kalau government kasi diskaunlah daripada janji nak subsidi minyak. subsidi pun, harga tetap naik juga. baik kasi diskaun cukai jalan.

    mana gambar bakar lemang versi live tu? janji mau up. hahaha

    ReplyDelete
  3. 1. apasal adik ko nsem banyk dari ko? eksplen sikit.

    2. kan aku da cakap broadband aku lagi laju, ko tanak caya. saja nak celen aku jgk. cit.

    3. aku buat rumah terbuka utk ko. spesel. nak datang? kat sabah. muahaha..

    ReplyDelete
  4. wahaha klu internet ngan wireless percuma kt kg ko nanti aku pun nk bermaustatin kt sana ahaha

    ReplyDelete
  5. perh..die punye pose.
    nk sepak laju2 ase.ha3

    ReplyDelete
  6. btol2..open house diutamakan..
    erk!! xpe,pas bln Syawal br diet blik..nk mkn! nk mkn!

    ReplyDelete
  7. pett, yang pakai tudung tu single lagi tak?

    ReplyDelete
  8. see... i told u maxis nye coverage 3g xbyk... kat kl bole la...

    ReplyDelete
  9. kejora:Ko jgn lupakan aku bila ada open house.

    dewajiwa:Kerajaan kedekut bro.mmg camtu.haha.thn ni xbuat lemang la.hujan ari2 kt sana.

    epalejau:1.Kena tgk abg dia la.ehem. 2.Bband kt kampung sedang dipertingkatkan. 3.Sapot duit tiket kapal terbang ok?haha

    samaira:sila la..lepas ni LRT pn kerajaan nk taruk kat sini.haha

    nabil:Sepakan laju aku nk kira x?haha

    wan:jgn kira diet bln syawal ni.rezeki mkn byk nk dtg oi..hehe

    anas:Single lagi.sila berbaik-baik dengan abangnya ini.haha.

    crazylabelle:Bila lu ckp?kt kampung wa keretapi bwh tanah dlm pembinaan tau.hehe

    ReplyDelete