Sunday, September 27, 2009

Laporan OPS SIKAP 20 - Part I (Ramai pemandu-pemandu di Malaysia nak tercirit tahi dalam seluar masa memandu)

Ops Sikap ke 20 dengan berjayanya telah mencapai kemenangan yang amat memberansangkan pada tahun ini. Tahniah kepada semua pemandu-pemandu di Malaysia. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Kita sebagai pemandu dapat menewaskan statistik kematian pada tahun-tahun lepas. Hebat bukan?

Hebat betul pemandu-pemandu kita sekarang. Kehebatan pemandu lori yang memecut laju di lorong tengah dan memotong sesuka hati tanpa ada rasa takut sebab lori adalah makhluk raksasa yang amat kuat di jalan raya. Kalau lori luorang tu sependek kereta kancil aku tak kisah, tapi lori luorang tu sepanjang satu gerabak keretapi. Memang celaka la kalau lu orang main suka hati keluar. Babi.

Kalau lu orang perasan, lampu brek @ lampu belakang lori-lori kat Malaysia ni dia punya nyalaan lampu tu macam cahaya lilin kek harijadi budak umur 3tahun. Kadang-kadang memang tak menyala langsung. Pernah JPJ @ pihak-pihak tertentu kaji masalah ni?Yang lu orang tau, buat roadblock dan kumpul duit nak bayar ansuran kereta bulan-bulan. Terlalu bersepah jenis lori-lori macamni kt jalan. Sepanjang perjalanan aku pulang ke kampung minggu lepas, tiada satu pun kenderaan penguatkuasa yang berselisih dengan kereta aku. Apa cer?

Ini bukan masalah baru. Aku rasa masalah ni dah lama,tapi masih tiada apa-apa tindakan yang dikira bijak diambil. Lori-lori sekarang dia punya keselamatan amat rendah. Cuba ambik tindakan sikit terhadap lori-lori yang tak cukup sifat ni. Takkan nak panggil TV3 baru gelabah turun padang usha masalah ni. Benda dah nampak jelas, apa lagi nak kaji-kaji. Buang masa.

Itu cerita lori. Bas amacam plak?Dah tentu-tentu sama macam lori cuma bas ni lampu brek & lampu belakang dia cantik skit. Tiada masalah sangat tentang perkara ini. Tapi masalah lain ialah sikap pemandu bas itu sendiri. Bukan semua, hanya segelintir saja. Apa cerita bawak bas macam bawak Subaru Impreza kt tengah-tengah highway?Nak terberak ke ape?Kalau nak terberak,berenti la kat R&R tu. Sia-sia PLUS buat cantik-cantik kat tepi jalan. Lu orang kalau exsiden, berapa nyawa dah lu orang bunuh?Tu belum kira kalau terlanggar kereta-kereta lain kat jalan, tak pasal-pasal orang yang bawak penuh berhemah dan tertib di jalan raya turut mati di tangan pemandu-pemandu babi macam ni.

Pasal pemandu-pemandu kenderaan kecil macam kita ni, semuanya terpulang pada diri masing-masing. Lu orang sayang nyawa ke tak?lu orang nk hidup berapa lama?Lu orang ada anak bini tak?Lu orang nk kawen tak?Lu orang sayang kereta tak?Lu orang dah cukup amalan ke nak mati?Lu orang pikir la sendiri. Tak payah nak kempen segala macam iklan kalau diri sendiri nak berlagak macam hero filem. Kalau setakat bawak keta macam cite Impak Maksima,hentikanlah nak tunjuk hebat kat jalan. Kalau belakon filem,keta luorang terbabas ke bulan pun luorang masih hidup. Ini dunia realiti. Bawak kereta macam nak tercirit dalam seluar.

Masa aku balik kampung aritu, sepanjang perjalanan aku hanya bawak kereta selaju 90-100km/j je sebab waktu tu malam dan hujan sepanjang jalan dari KL - Bagan Serai,Perak. Biar lambat xpe,asalkan aku dapat beraya dengan family aku. Sepanjang perjalanan macam-macam ragam pemandu aku tengok. Aku tertanya-tanya jugak, diaorang ni pernah eksiden ke tak sebelum ni?Kalau tanya aku, ya,aku pernah eksiden teruk sekali dulu. Hampir-hampir menemui ajal. Tapi masih bersyukur sebab DIA panjangkan nyawa aku. Aku rasa pemandu-pemandu celaka yang tunjuk terer ni patut eksiden 3-4 kali sampai nak mati baru mereka sedar kot.

Kita nak kurangkan kemalangan dan kematian jalan raya. Bukan nak melawan takdir. Ajal dan maut tu di tangan Allah SWT. Jangan mati macam katak yang suka melintas bila kita nak lalu. Nak jadi katak ke?

19 comments:

  1. kl dh eksiden thp nk mati pn..
    blm tentu spesis org yg pentingkn diri sendrik tu nk sedar..

    ReplyDelete
  2. da mati karang dorang sedar la tu.
    kan?

    ReplyDelete
  3. grr.. sexy la bile pet seyes... rawrr... haha...

    ReplyDelete
  4. aku benci lori yg bile aku nk potong lagi dia bwk laju cilakak saja je nk pedajal la kunun huhhh!!!

    ReplyDelete
  5. ah. alangkah bagusnya kalau isi entry ini dibuat flyer bermaruah yang ditempek pada setiap steering makhluk-makhluk ini kan? at least baca sekali cukup dah.

    oops, tertinggal 1 lagi makhluk. si pembawa bas sekolah. macam sial gak sesetengah pemandu bas kuning tu.

    ReplyDelete
  6. i loved ur post...
    aku hangin satu badan klu nak masuk simpang, tp x reti bg signal.. hadoi... klu rasa x nak signal tu, cabot jer dari kete tu. nyusahkan aku jer.

    sekian. macih..

    ReplyDelete
  7. i insap...:p
    marilah sama2 kita berhemah...

    aku rasa kn..lesen lori melebihi 3 tan ptot dimansuhkan la...suwoh je superman anto kn barang2 yg bertan2 tu..insyaallah selamt...hahah.. kn clark pett kn... :p

    ReplyDelete
  8. Semekom...waa bagus laa blog nih, mmg patut kalo ade yg bka mata pasal isu jalan raya nih. Tabik spring gua, kalo ader org muda 2-3 org pun cukuplaa macam korg. Bawak kete 100km? Fuuhh mmg bersepai spring aku tabik korg...Tapi aku sedey 1 jer, semua nak salah kerajaan. Kaji x kaji, aku ngaku tu mmg keje aku. Sebab per kene kaji, sebab nak kene guna duit rakyat. Duit korg jgak. Karang buat undang2 x tentu fasal pown conpem kene belasah jugak. Skang aku nak suggest kt korg, kalo nampak jer hantu2 jalan yang x der doit bli lampu ke aper, korg amek jer gambo gn enset. Bagi nampak no plat dorg terang2 pastu post kt blog. Biar bikin malu sikit. daripada dok mms pic x sonoh baek korg buat dajal kt org yg mndajal atas jalan raya. Tupun kalo korg berani harrharrrr..........!!

    ReplyDelete
  9. hanie:Ramai dah mati,tp yg hidup masih x insaf..hehe

    epalejau:Menyesal kat kubur sbb amalan x cukup..hehe.

    crazylabelle:Grrrrrrr...rawww..sexy x?haha

    samaira:tu lg satu celaka.aku pn penah kena.mentang2 dia besar.berlagak tul lori2 ni.

    dewajiwa:Driver bus skol tu pun bole tahan gak kurang ajar dia.haha

    syidah:Sama2.hehe..lain kali suh diaorg bwk vespa je..signal xde xkena saman.haha

    cik pida:kalau mereka semua ada kesedaran,ikut undang2,igt nyawa org lain..lori 10tan pun xkisah..hehe.

    kajikajian:Hehe.Ni luahan wa & org lain bai..kadang2 kita xnmpak apa org lain nampak.Bkn nk salahkan kerajaan 100%,tp rasanya semua pihak patut bekerjasama.Masing2 ada tgjawab.Wa nak pgl TV3 pn wat laporan psl ni pun wa busy.haha.Pasal gbr2 tu,wa akan usahakan secepat mungkin.Boleh la kita rakyat Malaysia kongsi2 masalah camni. Kpd yg tak terbuka mata lagi,boleh la terbuka mata sikit.Sebab kemalangan jlnraya ni dah jadi macam pesta bila time2 perayaan.Bkn patut sedar masa perayaan je,tapi setiap hari patut sedar.Anyway,wa ucap tima kasih kt lu bro sbb kasik komen kt blog wa ni.Tq bro.

    ReplyDelete
  10. gila ar.ko suda macam karamsingwaliya.haha

    ReplyDelete
  11. Vivi:Katak mati meninggalkan bangkai,manusia mati meninggalkan batu nisan.-ada gaya ka vivi?haha.

    ReplyDelete
  12. Indulgence Lingerie [url=http://www.ihg.org.uk/member/364601/]Full Posting[/url]

    ReplyDelete
  13. top [url=http://www.001casino.com/]casino bonus[/url] brake the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]online casino[/url] free no store hand-out at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino games
    [/url].

    ReplyDelete

  14. [url=http://shenenmaoyii.devhub.com/][b]sac longchamp[/b][/url]
    [url=http://shenenmaoyie.fashionblog.com.br/][b]sac longchamp[/b][/url]
    [url=http://shensacen.webnode.cn/][b]sac longchamp[/b][/url]
    [url=http://shensacen.freeblog.hu/][b]sac longchamp[/b][/url]
    [url=http://shenenmaoyiss.smartlog.dk/imprim--guide-poly-cr-ation-sacs-post1251424][b]sac longchamp[/b][/url]

    ReplyDelete
  15. [url=http://www.microgiving.com/profile/clarithromycin]clarithromycin purchase online
    [/url]

    ReplyDelete
  16. [url=http://sustiva-efavirenz.webs.com/]Efavirenz 500 mg
    [/url] Generic Sustiva 200 mg
    order Efavirenz 500 mg online
    order Efavirenz 600 mg

    ReplyDelete
  17. [url=http://rebetol-online.webs.com/]buy rebetol
    [/url] rebetol
    ribavirin 200 mg online
    rebetol buy

    ReplyDelete
  18. [url=http://www.microgiving.com/profile/ribavirin]purchase virazole online
    [/url] copegus 100 mg
    buy ribavirin online
    rebetol buy

    ReplyDelete
  19. Vk9Sg9
    [url=http://isabellemaranting.beep.com/isabelle-marant--online-sale.htm]espejto isabel marant[/url]
    [url=http://isabelmarants.beep.com/isabel-marant-boutique-en-ligne.htm]isabel marant shop online[/url]
    [url=http://isabelmarantshop.ibizlog.com/article/precioso-isabel-zapatillas-marant-en-linea]net a porter isabel marant[/url]

    Sw4Mt2Ys4Qk0
    http://isabelming.blinkweb.com/sac-longchamps.html
    http://ussneakershop.tumblr.com/isabel-marant-shopping
    http://www.ussneakershop.350.com/Isabel_Marant_haut-garde_des_collections.htm

    ReplyDelete