Friday, August 27, 2010

27 Ogos Belum Merdeka, Tapi tengah Posa

Lama sungguh kan? Biasala sibuk keja bai. Bukan sibuk benda-benda lain. Sibuk berpuasa dan berterawih juga. Satu saja benda yang aku tak berapa nak sibuk. Sibuk berpasar ramadhan. Oh,tidak pernah lagi aku ke pasar ramadhan sepanjang berpuasa sampai 17Ramadhan ni. Sekadar singgah kat makcik jual lauk atau kuih tepi jalan saja.

Aku punya target nak siapkan kerja sampai minggu depan. Semua nak kasik setle sebelum balik kampung. Kalu ada orang call aku time-time nak raya ni aku taruk kepala dia dengan lemang panas. Jangan buat main-main brader. Wa punya raya ni mood kalu terganggu boleh bawak gadoh jugak la. Time-time camni la nak bersama family. Bertobek jugak la kepala kalu ada yang call duk tanya pasai keja raya-raya ni.

Cuti dah approve dah. Balik awal jugak la bai. Boleh 2-3hari bukak posa bersama keluarga orang kata. Dapat la makan lauk macam-macam kat rumah. Ayaq tangan mak pulak tu. Tambah pulak nenek punya nasik ulam. Tu belum kira adik pompuan aku punya masakan moden-moden dia lagi. Bapak aku punya nasi beriani sama daging panggang cicah ayaq asam. Pehhhh. Dah melalut ke nafsu syaitan dah aku ni. Makan takleh ikut nafsu sangat time berbukak ni. Nanti solat ke HBO, terawih ke CSI.

Tentang persiapan raya, biasa-biasa saja. Aku tak beli baju baru. Rasanya cukup kot T-shirt aku kat rumah. Yang penting baju Melayu dah siap. Nak pakai dari lepas Subuh sampai tengah malam tu raya nanti. Baju adik-adik ada la sikit budjet nak kasi. Zakat minggu ni nak kasik settle la.Rasanya lain-lain hal tak banyak sangat isu. Cuma ada satu isu yang membuat kan aku terpikir. Rasa macam tak percaya pulak.tapi memang nampak jugak la. Ramai orang tegur. Tapi betui ka





Betui ka aku dah kurus dari bulan-bulan lepas?


Patut la seluaq aku pakai longgaq-longgaq semua aku rasa.Ingatkan salah saiz.Kembang hidung rasanya bila balik kampung nanti.

Wednesday, August 11, 2010

Pengalaman Puasa Budak Darjah Satu tahun 1989

1989

Pagi-pagi matahari pun tak keluar lagi. Mak dah kejut aku. Suruh makan. Aku cakap esok pagi nak pi sekolah la makan. Ni pukui 430 pagi makan apa? Mak cakap esok puasa. Aku cakap puasa tu pagi-pagi esok. Makan pukui 7 pagi kira boleh lagi. Mak tarik tangan aku pi sinki. Basuh muka aku. Mata aku duk tertutup-tutup. Mengantuk. Adik aku baru ada ada sorang. Yang lagi 5 orang adik belum wujud lagi time-time ni.Bapak suruh makan. Aku makan.

Makan nasik sambal ikan bilis sama telur masin pagi-pagi buta ni boleh membawak ke jamban bila bangun pagi-pagi esok. Suap 3-4 suap nasi. Tak dak feel sungguh makan kerana terpaksa macam ni. Mak buat ayaq Milo. Kadang-kadang Overtine. Dulu ayaq Milo dengan Overtine boleh buat aku kuat dan lari laju-laju. Tapi semua tipu. Sama macam iklan Ding Dang dengan Tora. Robot dalam kotak mainan tu kecik saja. Tak macam kat TV. Memang orang Melayu senang kena tipu. Tambah-tambah budak-budak rempit yang ingat depa tak boleh mati kena langgaq dengan lori.

Dah makan terus tidoq. Subuh memang hanyut. Lagipun masa tu umuq tak baligh lagi. Mimpi basah pun tak tau apa benda. Baru Darjah 1 la. Pi sekolah sesi petang, aku tengok kantin tutup. Alaa.Macam mana nak makan ni? Pagi tadi makan 3-4 suap ja. Pengertian puasa masa tu belum cukup menyerap dalam diri aku. Kawan-kawan lain pun sama. Ada yg bawak bekas ayaq pelbagai jenis muka bintang kat sekolah. Tak ganas langsung. Aku punya bekas ayaq ganas la sikit, bentuk hanpon kaler kelabu. Tapi hari ni mak tak bagi bawak.

Mak cakap, jangan makan atau minum sampai pukui 7 petang. Mak cakap posa memang letih sikit. Tapi aku kena belajaq mak cakap. Aku pun cakap ok. Aku akan cuba. Cuba bertahan sampai pukui 7 lebih. Cuba. Main galah panjang.Cuba. Polis sentri.Jam dah pukui 3 petang. Cuba bertahan. Cuba. Masih.


Jam sudah pukui 6 petang. Bapak mai amik. Muka letih. Bapak cakap posa dak? Aku cakap posa. Satu hari tak makan apa-apa. Bapak cakap baguih. Aku peluk pinggang bapak. Bapak merempit ala-ala mat moto zaman Jamal Abdillah. Sampai rumah. Siap-siap nak berbuka. Adik aku yang nombo 2 tak posa. Dia kecik lagi. Minum botol susu. Azan maghrib. Bapak cakap boleh makan dah. Aku minum satu gelas. Ayaq tebu dengan rebina memang aku suka. Mak cakap aku dah berjaya posa hari pertama dan kali pertama. Sambil menghabiskan 2 gelas ayaq. Aku cakap kat mak.




"Ayaq ni sedap, tak macam ayaq paip kat sekolah tadi."



Pengalaman posa pertama bagi aku memang banyak songeh. Aku dengan ini mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada Semua Kawan-kawan yang membaca Blog buruk aku ini. Mintak ampun mintak maap jika ada yang tersilap kata selama ini.

Akhir kata, terawih tu rajin-rajin la pi. Jangan duk asyik tengok drama-drama tak berfaedah kat TV tu. Banyakkan ibadat kurangkan buat jahat.

Assalamualaikum.

Friday, August 6, 2010

Ini benda serius.

Minggu depan dah puasa bai. So, minggu ni aku kena balik kampung untuk uruskan perkara-perkara penting dalam hidup aku. Ini kira serius punya kes. Lagipun ada majlis nak berlaku kat rumah aku Ahad ni. Sekarang ni kena kasik settle keja-keja kat opis ni dulu.

Aku dah inform semua orang-orang opis dan orang-orang yang berkaitan dengan keja aku supaya tidak mengganggu aku sampai hari Selasa depan. Perkara serius camni mana boleh main-main bai. Aku nak kasi ruang untuk diri aku menikmati hidup sebagai orang biasa. Orang kampung. Bukan sebagai Clark Kent. Bukan senang nak rilex-rilex sambil berhadapan dengan benda ni. Baru sedap sikit.

Benda-benda camni orang dewasa je expert. Budak-budak xleh campur sangat. Merbahaya orang tua-tua cakap. Budak-budak tunggu je bila bab makan-makan. Tak sabar rasanya nak balik kampung bila pikir benda ni. Pehhh..dia punya debaran tu dan keinginan tu dah membuak-buak dah ni. Kalau boleh sekarang jugak aku nak benda ni jadi realiti. Punya tak sabar perangai. Kalau aku dah berkenan sangat-sangat memang cenggini jadinya. Rindu dan sayang pun menjadi satu.

Benda ni pun melibatkan duit. Ikut aku,duit aku dah kira cukup la. Tapi tak mau terburu-buru. Kena jimat jugak. Benda serius ni kalau kat KL makan modal. Tu kena bawak berbincang kat kampung. Serius bai. Sebab apa serius?






Sebab durian kat KL ni mahai nak mampuih!


Kat kampung aku dah berlonggok macam baju bundle. Satu bakul aku nak bawak balik KL nanti. Sapa-sapa nak order? Aku boleh kira harga kawan-kawan la dengan lu orang ni.

Monday, August 2, 2010

Istimewa Untuk Dia - 02 Ogos 2010

Aku susah menunjukkan kasih sayang secara terang terangan kepada dia. Aku harap dia faham perasaan aku. Aku tahu dia tahu. Memang aku sekarang bahagia. Walaupun sibuk kerja dan masa aku terbatas untuk dia. Memang ada rindu. Memang ada. Sekarang lagi la. Rasa hari-hari dah mula rasa rindu.

Aku doakan dia sentiasa bahagia. Sentiasa. Tidak sakit hati dengan perangai aku yang nakal. Kami ada persamaan. Persamaan yang hanya aku dan dia saja tahu. Tak semua nampak benda tu. Tapi aku dan dia tahu.

Oleh itu, sempena hari bahagia hari ini. Aku ingin mengucapkan sesuatu pada dia. Dia adalah yang terbaik pada aku. Dia sentiasa terbaik sampai bila-bila. Sebab kasih sayang kadang-kadang tak perlu tunjuk sangat. Tapi rasa dalam hati. Cinta tu sentiasa ada. Cuma aku belum mahu tunjukkan. Tapi dia mungkin faham. Dapat rasa. Tak kira bila atau bermulanya perasaan itu. Memang dari aku kecik, aku susah nak tunjuk rasa sayang aku.

Hari ni aku mahu cakap sesuatu kat dia.








Selamat Hari Jadi Bapak!Semoga panjang umur dan murah rezeki.


Tiada hadiah dari anakmu ini. Mungkin ujung tahun depan anakmu ini boleh hadiahkan menantu pada bapak.



Haaa..apa macam?Lu orang ingat ini entry pasal cinta ka?


Hari ni bapak aku punya beday la. Dah masuk 50 tahun. Tapi steady lagi hisap rokok dunhill 20 senyap-senyap dalam opis tak pun belakang rumah. Sudah-sudah la tu bapak. Boleh dah kita berdua berhenti sama-sama. Mak dengan tok duk bising kita hisap rokok kt belakang rumah tu.

Cikgu pun marah kalau anak murid hisap rokok. Kan cikgu?Kan?

Thursday, July 29, 2010

Gangguan Seksual Awek Banci

Penat bekerja. Terkejar sana sini memang terbaik lah orang cakap. Nampak macam orang buat bisnes juta-juta. Rambut aku sekarang pun dah macam gula kapas. Mau tukar fesyen lain pulak. Tapi rambut pendek lagi. Rindu rambut panjang aku yang macam Maya Karin dulu.

Balik keje semalam. Lepak rumah. Tengok TV. Ada orang ketuk pintu rumah. Sapa pulak mai malam-malam cenggini. Tak faham langsung orang nak berehat dengan anak bini.(ayat lagi 2 tahun)

Bukak pintu. Ada 2 orang awek tudung. Boleh tahan. Orang lain selalu kontrol macho, aku tak. Aku kontrol rambut.


"Encik, saya nak banci"

Oh. Banci.

"Boleh kami masuk ke?" awek banci tanya.

Dengan ilmu dan pegangan agama yang kuat dalam diri. Aku cakap dengan sopan santun.

"Tak manis anak dara masuk rumah bujang hensem-hensem macam kami ni"

Upacara banci berlaku di pintu rumah saja. Tiada hidangan cekodok ataupun air teh O. Kerusi nak duduk pun aku tak kasi sebab takkan nak tarik sofa taruk depan pintu.

Pung Pang Pung Pang. Ha Ha Ha. Kih Kih Kih. Bla Bla Bla. Ok. Ya. Tak. Emmm.

Dia tengok aku. Aku tengok dia. Dia senyum. Aku senyum. Dia tengok lagi. Aku tengok dia balik.

Settle banci. Awek banci dari sejak tadi tertunduk malu ucap terima kasih. Pastu dia tanya soalan last. Ini bukan soalan banci dah.





"Seksi boxer abang pakai tu. Beli kat mana?"



Oh celaka.


Patut duk tertunduk-tunduk sambil senyum gatal.

Bukan sebab aku kacak rupanya.

Lupa nak pakai kain pelikat mak aku kasi.

Cepat-cepat aku kunci pintu rumah.




Takut kena rogol.

Wednesday, July 21, 2010

Memori : Aku sebagai Cikgu Tusyen 2004

2004

Dulu jiran aku mintak aku jadi cikgu tusyen anak dia yang baru nak masuk Darjah 2 masa tu. Abang Din nama dia. Abang Din ni takdak anak pompuan. Jadi perasaan nak membantu tu kurang semangat sikit. Anak-anak laki dia ni buas sikit. Tapi memandangkan aku ni student yang menyewa rumah di sekitar kampung tersebut, tak manis pulak kalau menolak hajat orang walaupun dia takdak anak pompuan.

Anak Abang Din ni nama Amir. Amir ni peramah tak ingat dunia. Asyik mai umah aku ajak borak-borak dengan aku terutamanya. Tanya macam-macam. Aktif. Macam dah nak buat aku jadi geng bas sekolah.Lepas kawtim dengan abang Din, aku setuju ajar anak dia tusyen sikit-sikit. Abang Din cakap Amir ni tak reti membaca lagi. Dah berpuluh cikgu duk ajar tapi memang tak lekat ajaran dia. Dia mintak aku tolong apa yang patut. Ikutkan hati aku, aku nak kasi Amir minum air surah yassin. Tapi aku batalkan niat.

Tusyen aku khas untuk Amir saja. Budak-budak lain aku tak mau amik. Tempat tusyen kat rumah aku. Senang aku nak hisap rokok sambil mengajar ni. Baru ada style. Nasib baik dia takdak kakak. Kalau ada kakak,kira hari-hari aku ajar tusyen kat rumah dia. Free pun tak pa.

Aku dah plan jadual tusyen Amir biar tak kacau aku punya class. Kira lepas Isyak aku ajar dalam 1-2 jam. Semua aku dah plan baik punya. Sebagai anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan tidak mudah mengalah, aku sahut cabaran untuk jadi cikgu tusyen tak bertauliah kepada Amir. Amir adalah bakal anak murid pertama aku.

Hari pertama. Amir datang. Seronok dia bukan main. Aku pun tak tau apa pasal dia seronok sangat. Ingat aku nak bagi dia main game kat komputer tu ke? Jangan harap Amir. Jangan mimpi la. Ini Cikgu Pett nak ajar tusyen tau.

Pelajaran pertama. Eja nama. Amir dengan pantas tulis nama penuh dia. Tulisan memang cakar ayam itik semua ada. Tapi kira ok. Boleh baca. Kemudian, aku suruh Amir baca ABC sampai habis. Bagus. Boleh je ingat sampai huruf Z. Menurut bapak dia, Amir ni lemah dalam membaca. Aku kena test lagi Amir punya tahap pendidikan.


"Amir..B.U.K.U bunyi apa?"

Amir senyap. Tiada tindak balas. Terkebil-kebil.

"B.U bunyinya Bu...K.U bunyinya Ku..apa dia Amir bunyinya?" aku tanya lagi.










"GAJAH"




Jawapan Amir adalah jawapan yang menyebabkan aku terus batalkan niat untuk menjadi seorang cikgu.

Tuesday, July 20, 2010

Aku tengah best fikir benda ni

Banyak berfikir membuatkan otak menjadi pandai untuk menganalisis banyak benda. Tapi kadang-kadang menyusahkan kepala otak saja. Bila dah banyak keja, mesti aku banyak berfikir. Apa yang kena buat, betul ka apa yang aku nak buat, apa yang aku kena buat esok lusa, apa kesan dia, bla..bla..bla..

Semua orang ada benda yang nak difikir. Ada saja benda nak selesaikan. Masalah toksah cerita la. Banyak jugak yang duk mai. Tapi masalah aku tak berat sangat. Masalah yang paling besar bagi aku ialah bila aku tak dak duit. Gila betui nak fikir. Aku tak dak masalah cinta. Tapi masalah nak mengorat awek ada. Tapi takpa. Aku boleh handle lagi.

Tapi sekarang ada benda yang aku duk fikir sejak minggu lepas. Nak kata masalah, tak juga. Ada la sikit-sikit. Tapi benda yang aku fikir ni bertitik tolak dari keinginan. Keinginan yang semulajadi. Tak tau pasai pa benda ni aku duk fikir sejak minggu lepas. Makin lama,makin best pulak aku fikir. Sampai saat ini...





.....aku fikir nak kawen.



Best oooo fikir benda ni.


Jangan la cakap dengan sapa. Yg penting keinginan tu ada.


Takdak awek tu belakang kira.