Monday, August 17, 2009

Gambar seksi di MTV World Stage

Hari ni kasik tengok gambar sudah la. Aktiviti ni lebih berfaedah dari merempit. Sedikit gambar sekitar MTV World Stage kat Sunway Lagoon Sabtu lepas.

Epol (The Dearly Missed) bersama abangnya Rizz (Dashown). Topeng tu menyebabkan ramai awek-awek terpikat. Wa tak tipu oi.


3 orang makhuk (Midi,Ekmal & Afif) yang bakal bermandi peluh selepas konsert. En.Ekmal yang tidak memakai topeng kerana dia kebal dari H1N1.

Epol,Siam,Pett & Afif.


Sorang makhluk yang takut kena selsema babi walaupun dia adalah Clark Kent.
Tiket lebih ada satu aritu. Tapi tak sempat nak roger lu orang. Tapi kalau aku nak kasik pun, kasik kat bunga je. Kumbang kena beli sendiri la. Akhirnya tiket dijual untuk duit rokok dan makan minum aku malam tu. Berbaloi betul.
Ulasan pasal konsert lu orang baca je kat paper ke @ internet. Takpun nanti diorang tayang kt MTV.

Thursday, August 13, 2009

Cinta Pertama Aku - Rubiah

Ruby adalah cinta pertama aku. Nama kampung dia Rubiah. Dia seorang gadis yang cantik. Ada iras-iras melayu campur minah saleh. Kalau lu orang tengok mesti tangkap leleh dan hati pasti jatuh. Berkulit putih berambut sedikit kerinting. Lesung pipit memang sah-sah ada kalau awek tu cun. Awek-awek kat kampung aku memang anti habis dengan Ruby . Cemburu kerana wajah mereka tidak seputih Ruby.

Aku juga minat pada Ruby. Jatuh cinta pada pertama kali mata bertentang. Bila berjumpa dengannya,jantung pun berdegup kencang. Rumah aku tak jauh dari rumah Ruby. Tiap kali Ruby keluar ke kedai, memang dari jauh aku dah nampak dia nak lalu depan rumah aku. Masa dia lalu, aku akan siram pokok bunga, sapu laman dan adakala mencangkul ala-ala berkebun. Sambil anak mata menjeling kelibat Ruby.

Waktu petang adalah waktu yang paling berharga bagi aku. Kerana tiap-tiap petang Ruby akan lepak di beranda rumahnya yang bertentangan dengan padang bola. Dah sah-sah aku pergi main bola. Ada jugak budak-budak hingusan yang main jongkang-jongket sambil usha Ruby. Tak macho langsung main benda budak-budak macam tu. Ingat Ruby nak pandang ke korang. Jangan harap.

Aku dan Ruby belajar di satu tempat yang sama. Kelas memang aku tak pernah ponteng. Dari jauh aku selalu usha dia. Tapi,tiap kali dia usha balik, cepat-cepat aku alihkan pandangan aku ke arah pintu,pokok bunga,papan hitam dan segala benda sekeliling aku. Dalam hati, jantung bukan main laju dia punya degup. Celaka.

Suatu hari hati aku tak tertahan lagi,aku tulis surat pada Ruby. Masa tu talipon tangan tak popular lagi. Terpaksa pakai surat letak bedak baru dia tahu aku wangi. Isi kandungan surat memang jujur dan tulus. Aku luahkan segala isi hati aku pada Ruby. Memang masa ni aku menaruh harapan.

Tapi...cinta aku tak berbalas. Sejak dari itu Ruby selalu menjauhkan diri dari aku. Pelajaran aku terganggu. Jiwa rasa kecewa yang amat sangat. Itulah pengalaman pertama aku putus cinta. Pernah aku lihat Ruby bermain jongkang-jongket dengan seorang budak laki di padang. Prestasi permainan bola sepak aku terjejas gara-gara aksi di papan jongkang-jongket. Jelas dia gembira bersama lelaki itu.

Walaupun kecewa, aku dapat tamatkan pengajian dengan cemerlang. Kebetulan pada ujung tahun itu, bapak aku kena pindah ke daerah lain. Secara tidak langsung aku akan melanjutkan pembelajaran jauh dari cinta curang Ruby. Aku nekad mahu mulakan hidup baru di tempat baru. Aku rasa bapak aku dapat memahami kekecewaan aku disebabkan Ruby.




Akhirnya aku didaftarkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yussuf(SYS), Batu Gajah, Perak pada 1988 sebagai murid tahun satu.

Kini Ruby aku tidak lagi ketemu. Dia hanya kenangan pahit yang aku tinggalkan di Tadika Kemas Sungai Bogak,Bagan Serai,Perak.


Sekian cerita cinta aku. Terima kasih kerana berkongsi kesedihan aku. Kamu memang kawan yang baik.

Tidurlah!

Apasal aku masih berinternet pagi-pagi buta ni. Hujan dah turun dengan lebatnya. Angin hujan pulak masuk celah-celah pintu. Tambah pulak dengan angin dari kipas syiling usang umah aku. Selimut bercorak harimau bintang aku pulak asyik memanggil-manggil.


Apa lagi nak fikir?Memang dah takde perkara lain yang lebih berfaedah pagi-pagi buta ni selain daripada TIDUR.

Wednesday, August 12, 2009

Ini Cerita Semalam

Semalam duit tinggal hanya RM110.00. Dari semalam aku berpikir duit aku dah pergi mana. Asal awal bulan banyak. Tapi bila nak sampai 15hb je mesti dah susut. Kadang-kadang aku rasa duit aku di curi toyol. Celaka punya toyol.

Semalam aku dah budjet duit aku sampai lepas MTV World Stage Sabtu ni. Tiket dah ada. Kena spend duit minyak keta dan rokok sepanjang minggu ini. Minggu depan aku dah boleh puasa seminggu awal dari lu orang semua.

Semalam jugak aku dah daftar Astro. Sabtu ni diorang datang pasang sebab bola dah nak start Sabtu ni. Sakit mata aku tengok TV yang arial dia tak secantik gadis comel yang aku jumpa itu hari. Terjejas pandangan aku bila tengok tilawah Al-Quran kat TV1.

Semalam jugak aku tak makan malam di kedai. Aku dah budjet makan maggi goreng kat rumah. Dapat jimat serba sedikit duit makan malam sambil kuruskan badan. Sambil jogging anak-anak dalam rumah supaya cepat letih dan senang nak tido awal. Jimat rokok dan makan.

Semalam jugak aku dah kira-kira duit yang perlu aku belanja besar untuk gaji bulan depan. Tayar keta 2 biji,service keta dan road tax keta adalah belanja besar yang aku maksudkan. Road tu yang paling berat nak bayar. Tamat tempoh masa raya kedua. Cilakak tul. Kena berjimat dari sekarang.

Semalam aku tido lewat. Semalam jugak aku ada RM110.00. Tapi hari ini ada Rm10 je. Apa cerita ni???




Sebab semalam jugak aku terjumpa promosi Maxis Broadband.


Aku dah mula puasa hari ni. Jangan mencarut dengan aku sebab aku akan mencarut balik.

Tuesday, August 11, 2009

Ada gaya tak?

Sukan terbaru aku selepas futsal.


Sekarang dah mula ketagih main benda ni. Lepas balik kerja terus main. Siap bola yang aku baling tu ada sikit gerakan lengkung macam orang-orang pro main. Lu orang tengok sikit gaya silang kaki aku tu. Bukan saja-saja silang tu. Ada effect bila main. Macam terer kan?Gaya tu penting. Ingat tu.

Ok.Sekarang bila kita semua nak bertarung?

***Aku rasa macam tangan kanan aku dah besar sebelah. Mahu ada muscle tak lagi lagi ni.

Monday, August 10, 2009

Samseng pun tau takut

Semalam baru balik outstation. Sampai depan rumah, 2 budak nakal merangkap anak jiran aku tersengih-sengih. Jangan harap aku nak sengih balik. Nak pancing aku la tu. Takdenya aku nak beli keropok ke gula-gula ke kat korang.

Dah la malam-malam korang duk ketuk-ketuk pintu rumah aku. Tak cukup pintu,dinding pun korang ketuk-ketuk masa bapak korang keluar. Sebelum subuh dah bising-bising.Tu belum lagi kesan tapak tangan kat keta aku. Macam-macam korang tulis pagi-pagi. Nasib baik la tu air embun je. Tapi korang tetap samseng kecik yang tak boleh bagi muka.

Sorang abang, sorang adik. Kalau kat tadika ni, budak-budak lain mesti dah takut ni. Tapi jangan harap aku nak takut dengan korang. Aku ketuk kepala sorang-sorang kalu apa-apa terjadi pada keta aku. Siap korang.

Aku turun dari keta. Mereka masih tersengih-sengih macam siput busuk. Aku ambil beg dan terus nak masuk rumah. Muka ketat sikit, baru budak-budak respek brader-brader macam aku ni.

Baru nak bukak pintu, si abang bertanya.

"Abang baru balik kerja?"soalan budak-budak hingusan.

"Hmm.." aku jawab dengan ego dewasa.

"Abang kerja apa?"soalan tahap tadika ni.


"Kerja Tok Mudim," aku jawab ringkas sambil memberi jelingan tajam.


Malam tadi dengan amannya aku dapat tengok Clark Kent cuba tackle balik Lana Lang dari Lex Luthor.

Wednesday, August 5, 2009

Tengah fikir nak letak tajuk apa

Aku tengah fikir tentang urusan kerja yang belum selesai minggu ni.
Aku juga tengah berfikir tentang MTV World Stage kt Sunway Lagoon 15hb ni.
Aku juga tengah berfikir tentang road tax kereta aku yang akan tamat pada hari raya kedua.
Aku juga tengah berfikir tentang anak-anak jiran aku yang nakal itu.
Aku juga tengah berfikir nak tulis apa kat blog ni.
Aku juga tengah berfikir nak beli kasut futsal baru.
Aku juga tengah berfikir nak beli lense baru untuk kamera aku.

Aku juga tengah berfikir kenapa aku rasa macam sedang jatuh cinta pandang pertama sejak minggu lepas.
Lu orang boleh fikir untuk aku tak bagaimana aku nak mengorat gadis?

Sebab asyik aku je fikir, lu orang tak fikir ke aku ni tak reti mengorat?

Betul aku tak tipu.