Thursday, December 8, 2011

SMK Raja Lope Nor Rashid - Perak


Aku punya sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai abih SPM 1999. Sekolah katogeri luar bandar. Di sini la cikgu-cikgu mendidik anak-anak murid termasuk aku supaya berjaya dalam kehidupan. Terima kasih Cikgu Halimah, Cikgu Sharifah, Cikgu Asmah, Cikgu Hasan, Cikgu Allaudin, Cikgu...cikgu...aku dah lupa nama cikgu-cikgu lain. Terima kasih sebab mengajar kami dengan penuh sabar dan tak lekang cubitan dan tamparan kepada kami. Itu yang menjadikan kami berjaya sekarang. Ewaahhh!

Di sini juga kawan-kawan mendidik cara menghisap rokok dalam toilet dan belakang stor sukan. Terima kasih kerana mengajak aku ponteng kelas, lompat pagar belakang, lepak rumah Man Magic sambil tengok movie dan macam-macam larangan yang cikgu-cikgu duk larang kita buat. Tapi kita berjaya buat. Terima kasih kawan-kawan yang mengajar erti kehidupan remaja yang gemilang. Wah.Wah.Wah.

Untuk budak-budak Raja Lope zaman moden ni, hangpa belajaq la betui-betui, alam dewasa dan alam pekerjaan tak sama macam alam persekolahan. Besaq nanti hangpa tau la. Jangan duk Bunkface sangat!


Baru-baru ni baru aku tau rupa Raja Lope Nor Rashid. Tu pun sebab ada Google. Gila dah nak masuk 13tahun abih sekolah baru nak cari info pasai dia ni.

Aku harap gambaq Raja Lope ni betui. Takut salah orang pulak.

Patut Sejarah aku dulu cukup-cukup makan. Mesti Raja Lope murka sama aku. Zaman dulu Raja Lope ni mesti setanding Nurdin Ahmad.

6 comments:

  1. Sekolah aku jugak bro. Tapi aku tahun 2005 punya bacth. Ada jugak senior aku buat blog psl sekolah aku ni. Hihihi. - Sham

    ReplyDelete
  2. Sham: Biasala. Dunia ni kecik.hg boleh jmp bdk2 skool hg wpun hg dh abih skool.Memori skool paling terbaik bai.

    ReplyDelete
  3. PK: Aku rasa dh betui la orang ini bai.Tak syak lagi.haha

    ReplyDelete
  4. ...maka tinggallah saya dan cik Asmah sahaja di situ untuk terus berbakti kepada anak2 desa tercinta..... moga anak2 didik menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat....

    ReplyDelete