Wednesday, March 30, 2011
Pemanduan Rakyat Malaysia - Bukan Siapa Siapa
Dia kata hang tak bagi signal bila masuk simpang. Hang kata dia pun sama jugak! Hang cakap dia selalu bawak kereta tak sabaq-sabaq nak memotong. Dia kata hang pun duk potong kat double line ikut suka hati.
Hang pun tak puas hati dia cakap macam tu. Hang kata dia lagi bengap sebab memandu sambil sembang dengan talipon tangan. Dia kata hang lagi bengap sebab mekap sambil memandu. Dia kata hang tak cekap bawak kereta. Main redah saja. Hang kata dia pun duk selalu bawak kereta cucuk-cucuk bontot kereta lain dengan laju.
Dia kata kat hang lagi, hang tu tak peka keadaan sekeliling masa memandu. Hang cakap dia pun apa kurangnya. Hang kata dia dikriminasi. Dia kata betui la yang hang tu bawak kereta bahaya sangat. Hang cakap kat dia, dia pun sama bahaya bawak kereta macam kereta lumba.
Hang kata dia. Dia kata kat hang. Hang kata dia bahaya. Dia kata hang lagi la bahaya. Hangpa berdua dua-dua bengap!
Yang bahaya kita. Kita yang bergelar rakyat Malaysia! Bukan dia. Bukan hang.
Bodoh piang.
Monday, March 28, 2011
Bila Hang Kecewa Hang Patut Bunuh Diri
Tuesday, March 8, 2011
Bila Kita Naik Bas
1. "Balik mana?" "Orang mana?"
2. "Study sini ka?" or "Keje kat mana?"
3. "Dah lama duduk sini?"
4. "Hmm..saya pun duk kat situ jugak. Rumah kat area mana?"
5. "Lama betul la bas ni nak jalan kan?"
6. "Seronok ka study @ kerja kat situ?"
7. Dan lain-lain soalan.
Lepas dia dah start tanya hang macam tu, dia mesti nak lanjutkan lagi perborakan dia. Hang pulak memang jenis malas nak sembang-sembang kalau naik bas. Ataupun memang jenis nak tidoq saja, bila terjaga saja "Oh, dah sampai dah".
Dia duk senyum sambil pancing nak ajak borak-borak. Orang macam ni kalau di layan, kita berkemungkinan bertuah mendengar kisah hidup dia dari dia keluaq dari perut mak dia sampai la ni.
Oleh itu, benda-benda yang wajib ada selain beg plastik dalam poket seluaq hang adalah henpon @ novel @ MP3 @ MP4.
Tak pun hang taruk minyak cap kapak sikit kat kepala. Picit kepala sikit. Lepas tu hang buat-buat pening sambil tangan hang seluk poket seluaq hang. Mata hang jeling-jeling sikit kat orang sebelah.
Kasi bunyi plastik sikit. Buat-buat batuk kahak sikit.
Silap-silap dia turun amik bas lain.
Selesai masalah hang.
Friday, March 4, 2011
Bacaan Hari Jumaat
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.Gempa bumi di Timur.
8.Gempa bumi di Barat.
9.Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Aku hanya berkongsi. Sama-sama mengingati. Aku bukan bagus pun.
Aku copy paste saja tu. Banyak yang aku baca hari ni. Sekurang-kurangnya kita ingat hari kiamat.
Alaaa bai..jangan cakap aku tunjuk baik la apa la. Kita kena ingat, mati tu pasti. Kiamat juga pasti.
Tui dak?
Tanda yang kecik-kecik dah bersepah dah keluaq. Pehhhhh! Amacam?
Wednesday, March 2, 2011
Heppy Beday Mak
"Happy birthday to my mom, even she refused to celebrate or receive any birthday wish from her kids..We know she still sad & miss our late father .."
Tapi mak aku ok. Cuma mungkin sunyi sebab kekasih hati dia yang dia kenal sejak 31 tahun dulu dah tiada di sisi. No hal mak, anak-anak mak masih ada. Sekarang semua kembali normal. Adik-adik aku ok saja. Tapi dalam hati masing-masing tak tau kan? Sedih tu perkara biasa. Semua orang akan mengalami benda macam ni. Cuma orang yang takdak hati perut dan berhati syaitan saja yang tak rasa sedih. Tul dak?
Semalam aku call mak, tapi tak wish beday pun. Saja talipon macam biasa. Sembang punya sembang mak tanya pasal persiapan aku nak kawen ni. Aku cakap semua ok saja. Mengikut perancangan. Mak kata baguih la. Hal-hal kenduri pun tengah berjalan seperti dirancang. Satu saja mak tanya kat aku.
"Kursus kawen hang p dak lagi?"
Pagi tadi jugak aku daftar kat pusat kursus kawen!
Sabtu ahad ni jangan ajak aku pi disko. Sibuk sikit.
Tuesday, February 22, 2011
IRONMAN - Cikgu Fazeli Bakar
"Siam Xcident.kereta hancur.tapi dia xde pape.patah tangan.skg tengah beromen dgn doktor kat dalam bilik doktor." - Arm Along Bukit Antarabangsa.
Aku sms Siam,dia pakai tali pinggang dak masa xcident.
Dia cakap "Aku tak pakai. Sebab aku pakai seluaq treksut. Treksut tak payah pakai tali pinggang."
"Tangan hang sebelah lagi tu pernah patah dak?"
Keadaan seorang Cikgu di Kuala Lipis. Kira hang ni kebai jugak. Kalau aral tak melintang ujung minggu ni. Sampai la rombongan dari KL (macam biasa la).
Friday, February 18, 2011
PAK
Pak aku ada 7 orang anak. Aku yang paling sulung. Anak sulung memang anak yang buas sikit. Dari sekolah sampai abis sekolah menengah memang tak kamcing sangat. Aku memang seorang anak yang memberontak. Bila dah masuk U, aku dengan pak dah boleh borak-borak sikit. Ya la, dah letih dia mengajar aku jadi orang. Nakal-nakal aku pun aku sebenarnya sayang,ambil berat pasal dia. Aku tau dia tau pasai ni. Alaaa..hati bapak mesti dia perasan anak dia punya perangai.
Dah masuk alam kerja sejak 4tahun lepas, pak aku dah tak garang sangat. Boleh buat member. Tambah-tambah adik aku yang kawen tahun lepas dah dapat anak. Secara otomatiknya pak aku dapat cucu sulung. Seronok dia bukan main. Dapat menantu tambah cucu. Pehhh..dah jadi datuk dah pak aku.
Aku sebenarnya dah bertunang. Aku punya urusan bertunang 16 September 2010 itu pun, pak aku punya seronok sampai semua dia tolong uruskan. Aku cuma cakap aku dah ada calon. Baru kenai seminggu. Dia kata "Tak payah hang nak tunggu lama-lama. Hang tu dah makin tua. Cakap kat pak dia duduk mana,kita terus pinang". Aku ok saja. Gila hang! Bertunang tu dah selangkah ke alam perkahwinan kot. Aku bertunang dalam tidoq saja sebab dah balik KL. Aku nak berkahwin bulan 6 ni. Kerbau dia dah siap booking. Menu istimewa dia dah siap planing. Kad kawen dia dah stanby nak cetak.
Aku hanya uruskan perkara-perkara wajib sebelum kawen. Pak aku dah siap planning untuk kenduri aku bulan 6 ni. Aku hanya berharap semua berjalan lancar. Aku tak tipu! Pak aku dah banyak prepare untuk kenduri aku. Anak sulung kawen bai. Mungkin dia tak mau aku terus huru hara. Dia nak ada orang yang jaga aku. Boleh urus aku dengan lebih baik. Aku hanya berharap majlis aku bulan 6 ni akan menggembirakan hati dia. Aku nak pak aku tengok semua yang dia rancang menjadi kenyataan. Aku nak pak aku bergambaq dengan aku dan bakal isteri aku. Aku nak dia senyum, ketawa semasa majlis aku nanti...
Tapi aku tak rasa dia akan bersama aku nanti...tak mungkin pak aku akan ada pada majlis aku nanti...
Allah lebih menyayangi pak aku...semoga dia di tempatkan dia kalangan orang-orang yang beriman dan terpuji...hanya doa anak-anak pak mengiringi pemergian pak.
ALFATIHAH UNTUK EN.SUHAIMI BIN SALIM
02hb Ogos 1960 - 10hb Febuari 2011
Pak aku ada pesan, berbuat baiklah pada semua orang supaya kita dihormati, ramai kawan. Jangan sesekali berbuat jahat pada orang. Kalau orang berbuat jahat pada kita, bukan hak kita nak menghukum, itu hak DIA. Biarkan mereka. Kita hidup biaq bersederhana. Hidup saling tolong menolong tak kira darjat dan pangkat.
Walaupun aku tak sempat nak bercakap dengan dia buat kali yang terakhir, aku terima pemergian dia kerana Allah lebih sayangkan dia. Dia pergi dengan senyuman. Senyuman yang takkan aku lupakan sampai mati. Terima kasih atas segalanya. Anak-anak pak semuanya redha. Mak pun redha walaupun pak pergi meninggalkan dia. Anak-anak sedara pak juga redha. Mereka semua dah anggap pak macam bapak kandung mereka. Mereka juga sedih dan sayangkan pak. Kami semua takkan lupakan pak. Pak adalah bapak yang terbaik bagi kami! Terima kasih sekali lagi.
Pak aku pesan jugak jangan lupa pi kursus kawen!Kalau tak pi macam mana aku nak kawen.
Minggu depan jugak along pi pak!