Monday, January 18, 2010

Anak Emak

Aku akan call mak aku seminggu 3-4 kali. Borak-borak. Tanya khabar. Tanya cara nak masak gulai dan rendang, tak pun pizza dengan lamp chop. Kadang-kadang terlencong berborak pasal jodoh aku. Risau jugak aku kalau mak pi cari jodoh aku siap-siap. Nanti tak dapat aku nak mempraktikkan skill-skill aku dalam mengorat pompuan. Ilmu mengorat pun ada la sikit-sikit. Cukup-cukup makan.

Sejak adik lelaki aku kawen 2 bulan lepas, kegiatan menjodohkan aku amat rancak berjalan di kampung sambil di sertai oleh makcik-makcik aku. Anak Pak Leman la, anak makcik Temah la. Cucu Tok Imam. Anak sepupu makcik belah tok wan la. Berapa punya cepat mereka mengumpul maklumat tanpa menggunakan aplikasi Facebook. Mak mahu tambah menantu katanya. Meriah. Kalu macam tu aku boleh cari 4 menantu untuk mak sekaligus. Bapak aku pulak duk tunggu cucu sulung. Tak sabar katanya nak jadi datuk. Nak jadi Datuk K nanti mak jeles.

Sejak 2 minggu lepas, aku terlalu sibuk siapkan kerja-kerja aku. Blog aku ketepikan seketika. Facebook aku jenguk mana sempat. Lagipun aku tak bela ikan ataupun bercucuk tanam dekat facebook. Dalam tempoh tersebut aku jarang nak call mak. Ada sekali dua sebab terlalu busy. Kalau aku tak call mak lebih dari 4 hari, mak akan call aku. Itu kebiasaannya.

Tapi dah lebih dekat seminggu mak tak call. Takkan disebabkn aku menolak pinangan anak perempuan tok mudim tu mak merajuk? Aku pun hairan. Lalu beberapa hari lepas aku call mak.

“Mak, lama tak call. Sihat ka?”

“Mak sihat la. Saja tak call Along. Along kan sibuk keja. “

“Alaa..mak pun macam sibuk tak call along”
Kata aku sambil mengharapkan jawapan rindu seorang mak.

“Menantu mak selalu call sekarang,tu yang lupa nak call along”

“Ooo..”
jawapan pendek aku.


Mak dah tak rindu anak sulungnya ini. Lalu aku merajuk.

25 comments:

  1. wahaha... hampes... lu da bkan anak kesygan lg... xpe2.. meh wa sygkan lu..

    ReplyDelete
  2. dipinggirkan...
    tu maknanya kena cari calon bini cepat2..gua tak sabor nak mkn nasi myk free nih..hahaha..

    ~tetiba mengidam bubur jagung lu~

    ReplyDelete
  3. crazylabelle:Lu pun dh tgglkan wa terkapai2..lu pi cari abg cendol lu tu..huh..haha.

    kejora:Oit..lmbt lg la..lu jgn promosi bubur jgg gua kt sini..nanti tak menang tangan amik order..haha.lu ng kak chik je gua bole masakkan.

    ReplyDelete
  4. padan muka...
    vin nak call mak abg la plk..
    amacam?

    ReplyDelete
  5. ahahaha..dh mcm remaja bangka kekurangan kasih syg jek mike ni yop..
    p cari la awek sweet² utk syg lu plk..

    XD

    ReplyDelete
  6. hehe xtercabar ke? mak blh lupe kt anak kalo dah ade menantu...waaaa harap2 mak aku xmacam mak lu [ntah2 gua yg lupe kt mak gua fuhhh syurga ditelapak kaki ibu]

    ReplyDelete
  7. faryn:Call la kalau berani,sila pastikan anda tau masak gulai..haha..

    hanie:Xmau awek yg sweet2 kalau awek2 tu x sweet dgn mak aku.haha.

    heartless:Gua punya adik ipar terer masak..rajin dan berdekasi..sbb tu mak gua syg dia.hehe.gua merajuk manja je.

    ReplyDelete
  8. Alolo :D hahaha rebut balik perhatian mak tuh! chaiyok!

    ReplyDelete
  9. sayang menantu mcm lain...sayang anak mcm lain....tak sama....
    mcm tu pun nak meqajuk...tapi mengaku clark.....ceh!

    ReplyDelete
  10. khaleeqa:Xpe..nanti mak pujuk aku balik.hehe.

    afendi:Clark Kent pun ada merajuk ng mama dia tau..sekali skala rasa nk merajuk.hero pun kdg2 ada taman jgk dlm hati.haha.

    dila:Viva!viva!jalan!jalan!makan!makan!haha.

    ReplyDelete
  11. hahaahhahha....mnja jugak hang ni kan.....
    xpa2...mnja ngan mak hang jugak.....
    hehehehhehe.........^_^

    ReplyDelete
  12. masak rendang jangan lupa daun kunyit. hehe. Pett, balik kampung teruslah. mesti dapat balik perhatian mak lu tu.

    ReplyDelete
  13. "Ooo.." jawapan pendek aku.

    Mak dah tak rindu anak sulungnya ini. Lalu aku merajuk.


    haha!
    aku suka tgok laki merajuk!
    soheh huduuuh..

    ReplyDelete
  14. eisya:Manja dgn mak je..dgn kwn2 xde manja2..haha

    dewajiwa:Wa blk Raya cina ni la.cuti lama sikit boleh bwk mak wa jln2.haha

    epalejau:Bukan huduh..sweettt je..hehe

    ReplyDelete
  15. Huaa..huaa...ko mmg anak mak dr umo sebesar lidi smpai le dah sebesar gajah..sume nak ngadu kat mak. Eh apsal ko x jd anak bapak,hah?

    ReplyDelete
  16. Xeroxiatte:Oitt..dulu bpk aku garang,skrg dh kamceng.Ego bapak ngan anak sulung lain. hg anak bongsu lain.(apasal hg ckp KL ng aku??)haha.

    ReplyDelete
  17. oit sweet giler merajuk ekeke alahai anak omak wakaka

    ReplyDelete
  18. muka je ganas, tapi dalam hati ada taman...

    wahahahah~~!!!

    seswai dowh untuk lu!

    ReplyDelete
  19. Cik Biol:Mmg sweet kan?kan?haha

    BNS:Harimau pun ada perasaan,inikah pula manusia..haha.

    ReplyDelete
  20. Moral...g kutip awek kat mana mana...wat bini...baru mak hang rindu kat hang....

    ReplyDelete
  21. shax:anak dia pun comel..haha

    anoy:cilaka khir..gua tau lu yg komen ni..haha.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. haha..shomel la suparjo eyhh superman majok..

    ReplyDelete