Tuesday, April 3, 2012

Super 30

30 tahun lalu lahir seorang perwira yang akan menyelamatkan dunia dari raksasa jahat dan ancaman makhluk asing dari planet-planet yang ingin menawan bumi. Mempunyai kuasa yang mampu memusnahkan musuh-musuh dengan cahaya laser dari matanya. Kebal dari sebarang peluru dan tikaman besi konkrit.

Mampu mengangkat sebuah kapal terbang Boeing dengan satu jari sahaja. Sekali hembusan nafas dapat menumbangkan pokok balak sebesar 10 pemeluk. Bisa terbang mengelingi dunia dalam masa 1 jam. Semua penjahat-penjahat di dunia terpaksa mengurangkan aktiviti jenayah mereka. Semua mafia-mafia dunia masih takut-takut untuk melakukan jenayah terutamanya di sekitar Asia Tenggara. Sehingga hari ini dunia masih aman dengan adanya adiwira ini.

Hari ini genaplah umur adiwara yang sudah masuk 30 tahun! Kini setelah 30tahun dia berkhidmat, dia mengambil keputusan untuk bersara dari bidang ini kerana ingin menumpukan sepenuhnya perhatian pada keluarga yang tercinta.





Keluarga adalah nyawa saya. Maafkan saya dunia.




Tapi dunia masih ada Batman, Ultraman, Keluangman, Boboiboy dan juga Upin Ipin.



Kita masih selamat.

Monday, March 12, 2012

Delissa Hanna


Alhamdulillah syukur pada Allah swt. Selamat datang my sayang Delissa Hanna bt Mohd Suhaidi. Sekarang boleh panggil aku Papa Pett. Wah wah.

Semoga Delissa menjadi anak yang solehah untuk papa dan mama.

Terima kasih untuk isteri tersayang yang bertarung nyawa melahirkan Delissa. Aku yang rock hati batu pun tengok kecut perut walaupun doktor-doktor dan misi-misi manis sentiasa menemani aku sepanjang 2-3 jam di dewan bersalin.


Aku dapat cuti 3 hari. La ni tengah kemas rumah.



Lipat kain ni kerja mencabar jugak aku rasa. Patut masuk Sukan Olimpik.

Thursday, March 1, 2012

Mak : Selamat Hari Jadi

Hadiah untuk mak dan adik-adik aku. Astro adik aku no 2 yang tolong bayaq.


Hari ni hari jadi mak aku. Macam biasa aku sms dan call dia. Tahun ni buat pertama kalinya aku kasi hadiah luar biasa. Sebelum ni setakat beg tangan sama baju saja. Tapi sebenarnya harta benda ni tak kira la hang bagi kecik ka besaq mahal ka murah. Ucapan saja pun dah cukup sebenarnya. Itu lebih bermakna dari harta benda. Bak pepatah sms aku dekat mak aku pagi ni:

Selamat hari jadi utk mak tersayang. Semoga dimurahkan rezeki dan pjg umur. Utk mak, anak-anak mak adalah harta yang pak tinggalkan sebelum dia pergi selamanya. Jgn risau kami akan jaga mak sampai akhir hayat. Sayang mak. (simbol senyum)

Bapak aku tinggalkan 7 harta yang tak boleh di jual beli. Harta-harta ni la juga yang bapak aku bawak untuk bekalan di akhirat.

Aku, Angah, Achik, Ayong, Aniq, Afiq dan Adik Bal. Tambah lagi 2 orang menantu sama cucu.


Cucu baru sorang dan akan bertambah lagi 2 orang tahun ni.




Power!

Friday, February 10, 2012

Pak - 10 Febuari 2011

Pukul 2.05 petang 10.02.2011


Aku sampai di perkarangan Hospital Parit Buntar, Perak setelah pelbagai halangan sepanjang pemanduan dari Kuala Lumpur. Ramai sanak saudara dan kenalan pak yang aku kenal memenuhi kawasan hospital.


Aku berjalan menuju ke ruang kecemasan. Ramai yang menangis.


Sekujur badan yang kaku di selimuti kain putih terbaring di atas katil. Dikelilingi saudara mara dan rakan-rakan pak. Mereka memandang aku. Aku hanya menuju ke arah itu. Aku membuka kain putih dan senyuman pak tersenyum kaku. Kelopak mata tertutup rapat. Aku mencium dahi pak tanpa linangan air mata.




"Hang lambat 5 minit..." seorang sepupu aku menyapa lembut kepada aku.

Aku tenang dan pasrah dengan apa yang berlaku. Aku tahu Allah SWT telah tetapkan apa yang terjadi. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Sebagai hamba Allah SWT yang lemah lagi hina ini. Aku sejujurnya tenang untuk menghadapi apa-apa situasi ketika itu.


Sekarang genap setahun pak meninggalkan aku, mak dan adik-adik. Alhamdulillah, kami lebih dekat dengan mu ya ALLAH. Hanya padaMu kami berlindung dan hanya padaMU kami memohon.


Al-fatihah untuk Allahyarham Suhaimi bin Salim.




P/S: Mood aku nak menulis sekarang terbantut dengan tuntutan kerja. Sementara menunggu bini bersalin bila-bila masa. Ewahh.

Thursday, January 5, 2012

Hantu Kepala Tiga Segi - Gambarajah



Dulu Angah pernah lukis rupa hantu kepala tiga segi tu. Lebih kurang macam ni la agaknya.

Buruk kan aku lukis?





Dah nama hantu, nak hensem tera mana lagi?

Wednesday, January 4, 2012

Hantu Kepala Tiga Segi

1992

Angah baru nak masuk darjah satu. Aku dah darjah empat. Dah jadi senior adik aku. Bukan senang-senang dia mau tunjuk samseng sama aku sebagai abang. Sekolah rendah kami ni lain macam sikit dia punya permandangan. Belakang sekolah ada jerat cina. Kubur cina la kalau hangpa tak faham sangat.

Aku dari darjah satu tak penah jumpa apa-apa yang pelik kat sekolah ni. Masa masuk darjah satu tahun 1989, bapak aku hantaq sampai depan kelas saja. Lepas tu dia tinggal aku duduk dalam kelas sambil aku pegang botol ayaq talipon tangan. Bekas air talipon tangan ni tak semua pernah ada. Hebat rasanya bila ada bekas ayaq talipon tangan ni.

Angah pulak, hari pertama masuk sekolah darjah satu bapak aku tinggal dia jugak selamba saja. Hari pertama Angah berjalan seperti biasa saja. Member-member sebaya dia ada yang menangis, paling kurang pun panggil mak masing-masing. Depa bukan tau mak depa duk sibuk masak kat rumah. Angah dapat melepasi hari pertama persekolahan dengan hebatnya sebagaimana abang sulungnya yang lagi hebat.

Hari kedua Angah balik dengan muka tak berapa nak seronok. Mungkin dia kalah main galah panjang. Aku sebagai budak darjah empat berfikir mungkin dia masih belum ready dengan situasi dan pemikiran budak-budak sekolah rendah macam aku ni. Mungkin dia masih terbawa-bawa dia punya perangai tadika.

Hari seterusnya Angah menunjukkan sikap tadikanya dan kemanjaannya terhadap rumah. Asal nak pi sekolah dia dah memberontak tak mau pi. Baru masuk seminggu Angah dah terjebak dalam gejala ponteng sekolah yang baru nak up masa tu. Aku hanya menggelengkan kepala terhadap budak-budak yang baru nak kenal darjah satu macam ni. Sebagai budak darjah empat ,tak berapa manis kalau aku lempang adik sendiri depan mak bapak aku. Aku biar bapak aku handle dulu mana yang patut. Bapak aku steady tak kata apa bila Angah tak mau pi sekolah. Dia pujuk Angah dengan kasih sayang yang tinggi. Timbul cemburu pulak sama Angah sebab aku nak ponteng mengaji masa darjah satu dulu pun bapak aku selamba tibai dengan tali pinggang.

Satu hari Angah demam. Aku pikir dia belum cukup kuat mengharungi cabaran sebagai budak darjah satu. Belum cukup power nak hafal sifir 36 dan surah Al Khafirun macam aku. Pada satu malam, selepas 3 hari Angah demam dan berjaya untuk ponteng tanpa dimarahi bapak aku, seorang ustaz datang rumah aku dengan ilmu yang agak power pada pandangan budak darjah empat macam aku. Nama dia ustaz Termizi. Aku rasa ustaz ini mempunyai ilmu silat Keris Bersepuk Emas yang hebat macam Eman Manan.

Dari dalam bilik aku tengok ustaz baca surah panjang-panjang. Aku masa tu paling power baca Al Fatihah sama 3 Qul sambil pejam mata. Itu pun member sebelah meja aku pun tergagap-gagap lagi nak baca. Kemudian ustaz tiup dekat ayaq botol depan dia. Selepas itu, bapak aku terus berborak sama ustaz sambil makan pisang goreng dan ayaq kopi. Aku nak mencelah pun tak berapa sopan sangat. Hal orang-orang tua macam ni kalau budak darjah empat menyampuk boleh kena lempang kiri kanan.

Sambil menunggu sesi orang-orang tua menyembang, aku usha Angah dalam bilik. Dah kebah sikit demam dia. Dah 3 hari dia ponteng sekolah. Aku tak tanya pulak macam mana dia punya ayat dan strategi power untuk ponteng sekolah. Oleh itu, aku kena risik-risik ilmu ni dengan dia. Mungkin aku boleh pakai esok lusa. Sepanjang dia ponteng, bapak aku tak pernah tibai dia dengan tali pinggang.


"Pasai pa hang boleh ponteng sekolah sampai 3-4 hari ni? Pak tak pukui hang pulak tu. " aku bertanya sambil menggenggam ego budak darjah empat. Ada secebis perasaan cemburu di situ.



Dengan suara terketaq-ketaq, Angah menjawab...


"Ada hantu kepala tiga segi ikut aku kat sekolah sampai kat rumah...."

Aku pandang Angah dan berkata..

"Hang ni penakut sangat, tu la aku suruh tengok cerita Kombat! Baru berani!"



Angah senyap dan pandang aku lalu berkata dengan perasaan takut...







"..... la ni dia ada kat belakang hang"

Angah terus menjerit.




Malam itu ustaz Termizi terpaksa kerja lebih masa di rumah aku.




Dan esok aku tak pi sekolah. Demam.

Sunday, January 1, 2012

Satu January 2012

Hari Ahad yang sedap-sedap tidoq dan bangun lewat. Tapi disebabkan aku di kampung, rugi kalau membuang masa dengan tidoq. Benda-benda macamni tak memberi faedah. Oleh yang demikian, marilah kita menghabiskan masa dengan menghirup udara nyaman di kampung. Walaupun aku kerja di Kuala Lumpur, kota Metropolitan yang serba maju dan penuh ranjau tapi KL tak boleh lawan kampung aku. KL tempat mencari rezeki tapi bukan untuk kehidupan selamanya bagi aku. Sini tempat aku,tempat jatuh dan bermain sejak dari kecil. Di sini aku akan kembali lagi untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan.



Selamat tukaq kalender baru.


Pasal kerja di office kita taruk tepi dulu. Aku nak rehatkan otak.