Monday, September 3, 2012

Untung Lah Sapa Jadi Suami Cikgu

Sebagai pekerja swasta dalam industri perkapalan dan berbini seorang cikgu, aku merasa untung menjadi laki seorang cikgu sebab hari-hari aku pergi sekolah hantar bini depan pintu pagar. Dalam sekolah tersebut ada 1500 pelajar dan cikgu-cikgu lebih kurang 100 orang barangkali. Cikgu-cikgu cun sama manis-manis serta bujang dalam 4-5 orang sekali sekala aku dapat usha sepintas lalu tiap-tiap pagi. Belum termasuk awek yang jual nasi lemak depan simpang sekolah. Untung la aku dapat tayang muka hari-hari depan depa semua.
 
Sebagai cikgu kaunseling, gaji bini aku banyak habaq hang! Kerja dia jaga budak-budak sekolah saja. Senang habaq hang! Kalau budak-budak ada masalah lari dari rumah, boyfren & girlfren merajuk, mak bapak tak bagi kasih sayang penuh dan masalah menari Gangnam style semua bini aku boleh cover. Pehhh. Terer gila nak habaq kat hang! Itu belum termasuk budak-budak nak bunuh diri sebab boyfren dah ada awek kat sekolah lain. Senang kan kerja dia? Senang kan? Nampak?
 
Untung la sapa jadi laki cikgu sebab aku akan dengaq dia bercerita tentang kerja dan masalah budak-budak sekolah. Sampai malam pun ada mak bapak yang rajin talipon bini aku tanya tentang masalah anak-anak depa. Untung la sebab kadang-kadang bini aku yang talipon depa. Bil talipon? Takpa, aku ada, aku boleh bayaq. Gaji aku tak la banyak macam Engineer. Tapi ada la duit serba sikit. Kalu tak cukup, gaji bini kan ada. Lebih 2k sebulan. Gila hang! Banyak tu. Berbekalkan 2k lebih sebulan cukup-cukup buat belanja kat Pavillion. Tapi bini aku suka shopping kat Uptown saja. Untung kan? Kalu jadi Engineer mesti dapat shopping kat Paris sama London. Bil dan duit rumah, kereta sebagai laki, mestilah aku yang settle. Duit kereta proton sama rumah atas tanah aku boleh cover. Tapi tak sama la macam kereta engineer BMW sama rumah 5 tingkat macam engineer.
 
Cuti bini aku banyak oi habaq hang. Tiap kali cuti sekolah, bini aku cuti. Tapi dia tak mau cuti sebab kena pi kursus pulak. Punya la rajin cikgu ni kan? Bila dia nak bercuti, aku pulak kena kerja. Jadi dia sambung la kerja-kerja rumah, jaga anak dan macam-macam lagi kerja dan projek sekolah dia. Untung habaq hang! Aku balik rumah bini dah siap masak semua. Aku tak payah buat apa dah. Dia boleh jaga makan minum aku dari pagi sampai malam. Cuti dia habis macam tu saja kadang-kadang sebab aku tak dapat cuti. Senang jadi cikgu ni kan?
 
Untung la jadi laki cikgu sebab kadang-kadang bini aku kena marah dengan mak bapak budak-budak sebab mak bapak sekarang cakap cikgu yang jaga dan membentuk anak depa. Kalau silap semua salah cikgu. Kita kena salahkan cikgu atas semua masalah sosial sekarang. Masalah gangnam style jugak salah cikgu sebab cikgu yang banyak main facebook, youtube dan online shoping. Semua salah cikgu oi. Orang lain mana main fesbuk, update blog dan tutup blog. Nampak? Senang kan kerja cikgu?
 
Pengetua marah pun cukup senang. Nak menjadikan seseorang sebagai budak berguna kita serah saja pada cikgu, sebab engineer tak mampu nak mendidik anak bangsa. Kita bagi sama cikgu saja sebab kerja depa senang habaq hang. Apa duk gaduh? Sebagai engineer Liyana, doktor,engineer Liyana, menteri, Engineer Liyana,tokeh kilang taugeh,  Engineer Liyana,drebar lori, kerani di pejabat engineer Liyana, tukang paip, makcik jual nasik lemak semua tak sama macam kerja cikgu. Semua kita ni kerja susah habaq hang. Gila betui! Mana ada masa nak didik anak bangsa. Kita bagi saja tugas sama semua cikgu. Cikgu kan kerja senang.
 
Untungnya aku sebab aku boleh jadi kaunseling sama bini aku bila dia ada masalah, aku bagi semangat sama bini aku. Untung la dapat luangkan masa dengan bini aku. Kalau bini aku kerja engineer macam Liyana, mungkin aku jumpak dia sebulan sekali saja. Gaji bini aku mungkin lebih dari gaji aku. Jadi aku tidak berkuasa penuh lagi sebab kuasa duit lagi power mungkin. Mungkin dia akan ada scandal dengan Datuk-Datuk dan Aaron Aziz mungkin. Mungkin dia suka ke Paris dan London untuk bershoping. Sebab itu aku suka dia jadi cikgu habaq hang. Cikgu kerja dia pi sekolah awal, balik sekolah pun awal. Jadi cikgu senang sebab mendidik anak bangsa adalah perkerjaan "PALING SENANG" dalam dunia ni.   
 
Untung la sapa-sapa yang dah kerja sebenarnya. Untung lah kita ada duit makan. Untunglah kita kerja sebagai penyapu sampah sekali pun. Untung lah kita menjual nasik lemak tepi simpang. Untung lah kita kerja doktor dan kontraktor. Untung lah kita yang duduk kerja di Malaysia. Untunglah mat-mat bangla yang kerja untuk kita. Untung lah sapa-sapa yanag baru jadi engineer tu. Untung habaq hang.
 
Oleh itu, marilah kita semua jadi cikgu sebab kerja cikgu adalah yang paling "senang" dalam Malaysia ini. Sebab kerja Pegawai Perkapalan, Doktor, tukang buat roti canai, tukang basuh kapal terbang dan sebagainya adalah kerja-kerja yang susah. Yang paling susah kerja engineer. ada orang cakap engineer kerja susah. Tapi aku tak tau kerja engineer macamana, aku tak tau kerja cikgu macamana, aku tak tau kerja kerajaan macamana, yang aku tau kerja aku kat swasta ni pun ada susah dan ada senang. Nampak aku tengah update blog? Nampak tak kesenangan di situ? Nampak?
 
Sebenarnya semua kerja susah. Aku sebenarnya nak jadi SUPERMAN. Tapi nampak kerja dia pun boleh tahan susah. Kena terbang sana sini dan menyelamatkan dunia dari orang jahat. Bila aku pikir-pikir balik, susah pulak jadi Superman.
 
Oleh itu, aku rahsiakan identiti aku sebagai Superman sampai sekarang. Supaya aku ada masa untuk beribadat kepada Allah SWT dan meluang masa untuk keluarga aku.
 
 
 
Respon to blog yang dah "terdelete" oleh Engineer tapi ada boleh usha kat Blog ni : http://sksogosogo.blogspot.com/2012/09/kisah-liyana-untung-laa-sape-jadi-cikgu.html

Tuesday, August 28, 2012

Membesar


Kalau di tanya kemana aku menghilang.



"Aku sedang membesarkan anak."


Anak aku makin membesar.


Harap-harap tahun depan boleh masuk U.



Friday, April 6, 2012

Hari Jumaat - Kelebihan Ayat Kursi


Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

  1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
  3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
  4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
  5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
  6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
  7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
  8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
  9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
  10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
  11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
  12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
  13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
  14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”


Amalkan untuk mengelak dari gangguan syaitan dan hasad dengki manusia yang bertuhankan syaitan!

Wednesday, April 4, 2012

Work Out Studio - Fitness




WORK OUT STUDIO SOFT LAUNCHING

We are very pleased to welcome all for a small Soft-Launch ceremony of one of our partners, Fitness Platform for the new Fitness Centre named “Work Out Studio”. The details of the event is as per below;

Event : Soft-Launch of Fitness Centre “Work Out Studio”
Date : 6th April 2012 (Friday)
Time : 11:00 am – 01:00 pm
Venue : K-0-03A, Kuchai Busi...ness Park (below Energy Platform’s Office)
No.2, Jalan 1/127, Off Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

We are hoping that you could join us together for the soft-launch of the Fitness Centre this Friday.


Ini aku copy dari management. Office aku atas tu saja. Kalau malas lagi tak tau nak cakap apa lagi.

Kan aku dah cakap ada makan-makan.


Minggu depan aku dah boleh mula bentuk badan ketak-ketak macam Aaron Aziz. Bagi gua 3 bulan. 3 bulan saja! Lepas 3 bulan gua lepak depan rumah tak payah pakai baju lagi. Rugi la kalau tak tunjuk badan ketak-ketak kat orang ramai.

Tuesday, April 3, 2012

Super 30

30 tahun lalu lahir seorang perwira yang akan menyelamatkan dunia dari raksasa jahat dan ancaman makhluk asing dari planet-planet yang ingin menawan bumi. Mempunyai kuasa yang mampu memusnahkan musuh-musuh dengan cahaya laser dari matanya. Kebal dari sebarang peluru dan tikaman besi konkrit.

Mampu mengangkat sebuah kapal terbang Boeing dengan satu jari sahaja. Sekali hembusan nafas dapat menumbangkan pokok balak sebesar 10 pemeluk. Bisa terbang mengelingi dunia dalam masa 1 jam. Semua penjahat-penjahat di dunia terpaksa mengurangkan aktiviti jenayah mereka. Semua mafia-mafia dunia masih takut-takut untuk melakukan jenayah terutamanya di sekitar Asia Tenggara. Sehingga hari ini dunia masih aman dengan adanya adiwira ini.

Hari ini genaplah umur adiwara yang sudah masuk 30 tahun! Kini setelah 30tahun dia berkhidmat, dia mengambil keputusan untuk bersara dari bidang ini kerana ingin menumpukan sepenuhnya perhatian pada keluarga yang tercinta.





Keluarga adalah nyawa saya. Maafkan saya dunia.




Tapi dunia masih ada Batman, Ultraman, Keluangman, Boboiboy dan juga Upin Ipin.



Kita masih selamat.

Monday, March 12, 2012

Delissa Hanna


Alhamdulillah syukur pada Allah swt. Selamat datang my sayang Delissa Hanna bt Mohd Suhaidi. Sekarang boleh panggil aku Papa Pett. Wah wah.

Semoga Delissa menjadi anak yang solehah untuk papa dan mama.

Terima kasih untuk isteri tersayang yang bertarung nyawa melahirkan Delissa. Aku yang rock hati batu pun tengok kecut perut walaupun doktor-doktor dan misi-misi manis sentiasa menemani aku sepanjang 2-3 jam di dewan bersalin.


Aku dapat cuti 3 hari. La ni tengah kemas rumah.



Lipat kain ni kerja mencabar jugak aku rasa. Patut masuk Sukan Olimpik.

Thursday, March 1, 2012

Mak : Selamat Hari Jadi

Hadiah untuk mak dan adik-adik aku. Astro adik aku no 2 yang tolong bayaq.


Hari ni hari jadi mak aku. Macam biasa aku sms dan call dia. Tahun ni buat pertama kalinya aku kasi hadiah luar biasa. Sebelum ni setakat beg tangan sama baju saja. Tapi sebenarnya harta benda ni tak kira la hang bagi kecik ka besaq mahal ka murah. Ucapan saja pun dah cukup sebenarnya. Itu lebih bermakna dari harta benda. Bak pepatah sms aku dekat mak aku pagi ni:

Selamat hari jadi utk mak tersayang. Semoga dimurahkan rezeki dan pjg umur. Utk mak, anak-anak mak adalah harta yang pak tinggalkan sebelum dia pergi selamanya. Jgn risau kami akan jaga mak sampai akhir hayat. Sayang mak. (simbol senyum)

Bapak aku tinggalkan 7 harta yang tak boleh di jual beli. Harta-harta ni la juga yang bapak aku bawak untuk bekalan di akhirat.

Aku, Angah, Achik, Ayong, Aniq, Afiq dan Adik Bal. Tambah lagi 2 orang menantu sama cucu.


Cucu baru sorang dan akan bertambah lagi 2 orang tahun ni.




Power!