Tuesday, May 25, 2010

Kerja Part Time Dulu Dulu

Aku baru tau sekarang ni musim cuti budak-budak U. Patut la pagi-pagi aku pi keja tak nampak awek-awek kolej kat area umah aku tu. Hilang seri wajah pagi-pagi. Yang ada mat-mat bangla kedai besi bawah tu. Buat muka ketat ngan aku. Bila aku buat muka ketat balik, tertunduk-tunduk semua. Haram betui. Nak buat macam negara sendiri. Bukan boleh bagi muka. Nanti habih anak dara Malaysia depa tibai.

Dulu time-time study. Cuti-cuti macam ni aku punya aktiviti lebih ke arah kerja kampung. Amik buah sawit contohnya. Sebulan 2 kali. Tapi tiap kali amik buah sawit,aku punya letih macam panjat gunung Kinabalu. Tu belum kira jumpak babi hutan kat tengah-tengah kebun. Aku punya parang dah sisip siap tepi pinggang. Stanby jugak kalau menatang tu nak sondol. Tapi belum pernah lagi la. Setakat ni, babi tu kira takut bila jumpak aku. Aku jeling sikit,dah lintang pukang dia cabut.

Pagi buat kerja kebun. Tengahari sampai malam keja kat kedai makan pak lang aku kat kampung jugak. Setakat bancuh teh tarik sama kopi tu, sebelah tangan je bai. Kaw punya. Masa tu awek-awek yang datang makan pun tak pandang aku ni. Ye la, keja tukang buat air sama pembantu tukang masak kepada pak lang aku. Depa mana pandang pakwe-pakwe macam ni. Lu ingat brader-brader macam ni takde duit ke?Jangan macam tu awek-awek sekalian. Jangan pandang pada harta dan kebendaan sangat. Pandang pada kesungguhan sikit. Orang-orang macam ni la yang akan berjaya dalam bisnes di masa depan.

Kerenah pelanggan toksah cakap la. Segala macam dah aku jumpak. Tu pun kira tak habih tapau lagi la. Ada yang bagus ada yang cerewet. Tapi semua tu aku layan dengan senyuman. Muka manis macam ni mana boleh buat muka ketat-ketat. Bukan macam sesetengah kedai makan, tanya macam nak cari gaduh. Boleh bawak bertumbuk jugak kadang-kadang. Tanya pelanggan, tanya la betul-betul. Lemah lembut. Biar muka ganas, tapi pertuturan sopan santun. Baru la orang tengok sejuk hati. Kalau ada awek, boleh tangkap cintan terus ngan kesopanan tu.

Kedai Pak Lang aku ni semua masak lauk kampung original punya. Tak dak western-western bai. Orang kampung mana mau makan lambchop sama chicken chop lepas abis buat bendang. Takkan lepas pi kebun nak makan ice blended nata dikoko. Buang tebiat jugak la kalu macam tu. Walaupun kedai makan kecik tapi orang datang makan bukan main ramai. Tak menang tangan jugak aku bancuh air. Kalau kaki boleh pakai bancuh air, dah lama aku pakai.

Kerjaya aku di kedai makan Pak Lang aku berakhir bila dah start keja 4tahun lepas. Tapi bila balik kampung kadang-kadang try jugak masak mee goreng sama bancuh air. Bukan apa, walau tinggi mana pun kita berada, asal usul jangan lupa. Kalau lupa jadi la macam Si Tanggang dengan Malin Kundang. Sia-sia jadi batu.


Tapi skill memasak aku boleh tahan lagi rupanya.


Anak chef Wan pun belum tentu boleh bit.

7 comments:

  1. qaya ni buat open hause weh?
    heh!

    ReplyDelete
  2. hoho...siyes takleh imagine KALAU orang kampung bedal lambchop sama chicken chop lepas abis buat bendang.

    takleh imagine dowhh...

    ReplyDelete
  3. skill memasak?

    part mane tu?

    anak chef Wan belum tentu, anak pakcik Razali ni confirm2 menang tanpa bertanding. hehehe

    (^__^)

    ReplyDelete
  4. okey
    bila nk kasik teman ngetest mike punye masakan...

    hahaha

    ReplyDelete
  5. fuyoo pandai masak ekk cayalah ;)

    ReplyDelete
  6. masak asam pedas lu sure tak lepas gua syak.

    ReplyDelete
  7. fendi: Boleh2..tgk budjet.hehe.kalu buat hg kena mai.

    nina:Cuba la imagine benda tu lagi 10tahun mungkin.haha

    purple:Nak try celen ke?boleh. Nanti tanya pakcik Razali boleh tak nk bertanding dgn anak dia ni.haha.

    hanie:Nanti2 teman buat open house mike dtg la.tapi tah bila teman nk buat open house pun xtau.haha

    miss: Mau pinang i ke Miss?hantaran tinggi oooo...haha

    J love: Baru belajar ng mak wa.nanti lu dtg rasa la.hehe

    ReplyDelete