Tuesday, October 6, 2009

Kisah Mat Dan (18SX)

Nama aku Mat Dan. Kerja aku?Memuaskan nafsu manusia. Memang sesetengah orang memandang serong terhadap kerjaya aku ini. Mereka mencemuh dan ada juga yang tidak mahu berkawan dengan aku. Mereka memburuk-burukkan aku dengan segala sumpah,nista dan fitnah. Apa salah aku?Aku hanya menjalankan tanggungjawab aku kepada mereka yang mampu membayar aku.

Aku tahu kerja aku hina. Melayan nafsu manusia yang tidak pernah puas. Kebanyakkannya adalah kaum lelaki. Ada jugak sesetengah wanita memerlukan aku untuk kepuasan nafsu mereka. Aku tak kisah,asalkan aku menjalankan tanggungjawab aku agar mereka semua gembira. Memang aku telah ditakdirkan untuk jadi begini. Aku tiada kelulusan seperti orang lain. Aku terima takdir aku begini.

Dulu aku hanya menawarkan harga yang murah untuk semua supaya mereka mahu menggunakan aku. Tapi makin lama, harga aku makin naik,berbaloi dengan pengorbanan aku selama ini. Aku tahu, masih banyak nafsu yang mampu aku puaskan. Dari nafsu seorang tukang kebun,kerani,pegawai,artis,Dato serta Datin.

Aku juga turut mempengaruhi budak-budak sekolah untuk menggunakan khidmat aku. Ternyata mereka banyak memberi aku keuntungan yang lumayan. Peduli apa,asalkan aku dapat sedikit untung. Selalunya keuntungan aku diguna pakai oleh bapak ayam atau ibu ayam aku yang selalu naikkan harga demi kesenangan mereka sendiri.

Aku juga mempunyai ramai teman-teman yang menawarkan khidmat yang sama. Selera orang berbeza-beza. Jadi kamu boleh pilih mana yang kamu suka. Ikut selera dan nafsu kamu sendiri. Harga pasaran sekarang agak tinggi. Tapi pelanggan-pelanggan aku masih setia dan tetap tidak peduli tentang harga.

Kamu masih setia melanggan aku? Aku ada seorang pelanggan setia yang telah lama melanggan aku. Nama dia Pett. Pernah aku bertanya pada dia tentang harga pasaran aku sekarang. Adakah dia akan meninggalkan aku jika harga aku makin meninggi? Tapi aku tengok dia masih setia. Begitu juga kawan-kawannya yang lain. Semua masih mahu menggunakan khidmat aku tiap-tiap hari. Aku takut dia tinggalkan aku. Tapi bila aku terdengar perbualan dia dan rakan-rakannya tadi,aku rasa gembira.


Rakan 1 : Amacam bai?dia dah naik harga la..

Pett : Rilex la bai..Belum sampai sepuluh hinggit lagi pun sekotak Dunhill 20 ni!!! Baru naik 30-40sen je.

P/s:Celaka. Harga rokok sekarang naik dah tak ikut Belanjawan bulan 10. Dia main ikut suka hati naik setahun 3-4 kali.
Nanti kawen,ada bini harap boleh berenti. Kalau luorang nasihat aku sekarang, macam luorang curah air ke daun keladi.

11 comments:

  1. naik la lapan juta sebatang sekalipun.
    aku sikit pun tak heran. hohoho

    ReplyDelete
  2. wakaka..dh agak dh..
    mesti lu keluar n3 psl rokok py..
    amecam?
    mesti rokok tu nt kena kerat dua..kn..
    hahaha!!

    ReplyDelete
  3. hak3 abg pet apepsl ade bini baru mau berenti kekeke

    ReplyDelete
  4. hehe..

    seb bek aku bace n3 ko dari bawah naik ke atas..genius x aku. :p

    ko mmg perokok tegar..
    ada bini pon blom tentu nk benti, depends kt skill bini memujuk. Itu ckp kwn aku..
    lelaki mmg mcm tu kn! huh

    ReplyDelete
  5. anas:Bagus hg anas..sebab hg bukan perokok.hehe.Simpan duit kawen.

    terompah:Hahaha.gelak je?

    hanie:Ko mesti dh faham penulisan aku kan?hehe.xmain la kerat2.

    samaira:ada bini kurang sikit kot isap rokok.nanti nk kiss berbau.haha

    crazylabelle:Rosak gigi la mkn lolipop..lu ni..

    cik pida:Of course la..laki mmg camtu..haha.tp ada bini atleast kurang skit..

    fezal:Nasib baik wa ada sokongan lu..laki2 mesti fhm..haha.

    ReplyDelete
  6. ade bini baru berhenti?? sesuatu betul statement u nih? :P

    ReplyDelete
  7. oihhhh..
    modal cerita dah ngam abis (salute) tapi konsep sikit longgar beb. rokok tu kan kena bakar, jadi idup sekali je. pastu mati dah. mana bleh kata dia jadi pemuas nafsu berkali-kali. kekeke. senang citer, watak dia sebagai Gig tak seswai. watak dia sebagai sebagai roh atau menda yang boleh hidup mati berkali-kali, boleh. hehe. 2 sen.

    rokok naik lagi ke?
    layan paip tembakau perisa epal lah beb

    ReplyDelete