Touch & Go aku sudah berusia 2 tahun lebih. Dia dilahirkan pada tahun 2009.Touch & Go aku selalu lepak dalam kereta. Jarang dia keluaq melebihi 2 langkah dari dalam kereta. Paling sedap pun dia kena pegang dengan awek tol. Bukan main sedap dia menggedik. Menatang ni aku selalu guna bila time balik kampung. Jalan jauh. Tapi jarang aku nak guna sebab malas nak tambah nilai.
Jumaat lepas aku balik kampung. Kali ni aku ada duit lebih. Nak kasi tambah nilai dalam satu rat lebih kurang. Sebab selalu malas tambah nilai ni bukan apa, sebab nampak banyak duit pulak kena taruk kat menatang ni. Baki semua dalam menatang ni. Kalau terdesak-terdesak nanti, bukan boleh cucuk menatang ni kat ATM pun. Rasa rugi sebab tak boleh amik balance duti dalam tu.
Sampai saja kat area tol aku langsung pi tol tambah nilai. Dalam hati seperti biasa harap awek cun yang jaga. Baru semangat nak balik kampung tu bertambah. Kalau amik tiket tol, sah-sah aku kena buat pilihan antara banyak-banyak tol, yang mana ada awek-awek cun. Dari jauh dah perjudi nasib. Kalau nasib hang tak berapa cun, tukang jaga tol ialah jantan.
Pilihan tol dibuat. Awek pulak yang jaga time tu. Habuan sedap untuk mata orang kata. Kereta kat belakang-belakang tak ramai lagi. Dari jauh mesti duk target tol mana yang ada awek baru depa masuk. Tol tambah nilai ada 2 tol masa tu. Pilihan tol aku tepat kat awek.
"Top up RM200" aku cakap sama awek tol. Mula-mula tadi cadang nak kasi RM100 ja, tapi sebab awek tu senyum manis, aku up lagi RM100.
Kereta kat belakang dah jumpa target. Bersusun kat belakang nak awek ni jugak tolong topupkan. Cis.
"Abang.." suara manja dengan senyuman. Aku masih nampak macho (perasan).
"Ada kad lain bang?" Pehhh..baru aku jeling-jeling dah mintak kad aku. Nak num talipon tangan la tu.
"Name kad ke?" sekadar mengusik.
" Kad Touch & Go la bang...kad ni dah expired nak dekat 2 tahun dah"
PIN PIN PIN. HON HON. OIII.OIIII.
PIN PIN PIN PIN PINNNNNNNN
Alaaa...aku nak test gear reverse pun diorang nak bising. Haram.
kann..topap bila perlu jek.topap byk2 rasa rugi pulak. nak pulak hujung bulan. bukan buleh buat gores dan menang time sesak..kehkehkeh
ReplyDeletehanie:kalau ada gores dan menang pun kita akan kena tipu.hehe
ReplyDeletemenatang tu kena guna at least 6 bln skali klu x dia xpired....huhuhuhuhu
ReplyDeletechenta: Ya ka?mana aku tau dia pesen lagu tu. haha. malu jgk aku.
ReplyDeletedrop la waterface. haha.
ReplyDeleteapply la kad mebeng yang ada T&G sekali tu. senang tak yah pening sangat nak topap
dewajiwa:Itu la pasal. Bersusun jugak aku nk undur keta. Mebeng aku kad lama. bole apply lain ka?Tp mungkin aku mls nk apply.haha.
ReplyDeletesebelum undur patut mintak num tipon awek tu bro...
ReplyDelete