Thursday, January 8, 2009

Mari berkenalan dengan Daniel...

Memiliki 2 orang Daniel agak memeningkan kepala. Aku gelarkan mereka Daniel Kecik & Daniel Gemuk. Mereka berdua agak nakal. Umur mereka baru 10thn & 11thn. Jangan pandang pada umur mereka kerana mereka ada keistimewaan masing-masing.

Mereka pernah menangkap 2 ekor anak kucing dan memasukkan anak-anak kucing tersebut kedalam tin kosong lalu menutup dengan pantas!Tanpa ada saksi.Tanpa bunyi.Tanpa menunjukkan muka gelabah. Mangsa-mangsa mereka itu dijumpai setelah ibu mereka mengesan bau busuk di dalam almari makanan selepas 4hari!Mereka telah berjaya membuktikan setiap benda bernyawa memerlukan Oksigen untuk hidup.


Mereka tidak suka dibuli.Tapi rela membuli!Daniel Kecik pernah menyepak perut seorang budak yang lebih besar darinya hanya kerana budak itu mengambil penselnya tanpa kebenaran. Daniel Gemuk pula memang budak yang digeruni oleh rakan-rakan seangkatannya. Menjadi ketua dalam setiap permainan kanak-kanak di kampung. Sehingga kini tiada siapa yang mampu merampas jawatan yang dipegang.

Mereka tidak gentar kepada orang lain kerana mereka berani. Lagak seperti samseng kampung macam filem "Anakku Sazali" walaupun nama mereka bukan Sazali.

Mereka berdua amat akrab dan tidak boleh dipisahkan. Hati-hati jika ingin mendekati mereka. Mereka tidak suka disogok dengan gula-gula murahan!Tapi dengan awek-awek comel,mereka akan cair!!!


Memperkenalkan....IQBAL DANIEL & AFIQ DANIEL ...



Iqbal Daniel (Daniel Kecik) & Afiq Daniel (Daniel Gemuk) memberi posing istimewa...

Mereka ada seorang abang. Hanya abang mereka itu saja yang mampu menghalang kegiatan-kegiatan nakal mereka kerana....

"Aku kan abang..."

5 comments:

  1. hahaha..
    agak funny..aku mampu tersenyum
    anda sangat berbakat dalam bidang penceritaan..
    :P

    ReplyDelete
  2. suker ur story n ur words..
    lagi2 pasal pengalaman anta anak ke sekolah tu.. memula ingat betul la.. ish ish ish..

    ReplyDelete
  3. aku nak daniel kecik...

    kim slm..

    ckp die...keep in rocking!!

    heh~

    ReplyDelete
  4. Art;love:Tq art;artlove...aku budak baru belaja...hehehe...

    Ony Hamdan:Memang betul pun aku anta anak aku p sekolah..tapi lagi 8thn lagi...hehhee..tq Ony..teruskan mbaca..

    Budak Hijau:Daniel Kecik dah ada awek...hahhaa..tp ko boleh cuba...

    ReplyDelete