Wednesday, December 23, 2009

Motivasi Kerja : Kerja Itu Mudah

14 December - 22 December

Perkara yang berlaku mulai minggu ini adalah amat bagus sekali. Sesibuk mana pun kita kerja, akan selesai semuanya. Kita kena sabar, kerja bukan perkara main-main. Kena serius. Tanggungjawab tu penting. Aku memang komitmen terhadap kerja sekarang. Sampaikan masa untuk mengorat awek terbatas sedikit.

Tapi tak mengapa, hujung-hujung tahun memang macam ni. Kalut nak tutup buku 2009. Kerja-kerja di opis ni selagi kita bernafas, takkan pernah habis. Yang penting kita kena jujur kerja. Jangan tangguh-tangguh kerja. Itu akan merosakkan prestasi kita. Jangan sesekali tangguh kerja. Ingat tu.

Kerja jangan malas. Dalam kerja kita kena ada sistem. Sistem ini lah yang melancarkan operasi kita. Ada flow. Tak kelam kabut. Kita kena pandai atur masa dan tenaga. Jangan buat kerja dua tiga kali untuk satu-satu kerja yang senang. Jangan. Rugi. Masa itu penting dalam hidup ini.

Banyak mana pun kerja kita, kita kena pakai otak. Otak ini tak sama dengan otak udang. Otak udang makan dengan laksa sedap la. Kalau makan dengan nasi memang tak kena. Otak ni enjin kepada kita. Kalau letih, otak pun letih. Langsung jadi malas. Malas ni budaya tak berfaedah. Tak mendatangkan hasil. Kita kena kerja keras tapi jangan semua benda kita nak buat sampai otak jadi jem. Kalau otak dah jem, nak kencing pun lupa.

Entry ini sekadar berkongsi pendapat. Rumusannya, kita kerja kena semangat. Jangan tangguh kerja. Jangan malas. Tanggungjawab kita bila kita kerja ni lain. Tak sama dengan masa belajar kat universiti atau kolej. Masa study dulu boleh bercinta-cinta sambil belajar. Kalau kerja ni jangan buat main-main. Oleh itu jangan kita malas kerja. Ok, sekian. Aku ada banyak kerja ni!Jangan malas kerja!



Dialog-dialog opis terbaik minggu ini.

"Oit mat, sekarang ko check semua fail dalam rak opis ni. Tengok apa yang tak lengkap, ko lengkapkan. Tahun depan nak audit"

"Mat, esok ko buat summary tentang benda ni. Aku nak minggu depan."

"Mat, dalam stor ni ada dokumen-dokumen lama. Esok aku nak ko susun & simpan dalam kotak ni."

"Ni ko photostet semua yang aku dah tanda. 2 hari lagi aku nak tengok siap”

"Esok ko tolong beli nasi lemak kat depan simpang tu,taruk telur mata".

Bagus betul budak praktikal ni. Semua aku suruh,dia buat. Baru masuk seminggu. Tali leher 24jam lekat kat tengkuk. Budak ni ada potensi menjadi pekerja yang bertanggungjawab.

Kelihatan beberapa pekerja sedang sibuk berfacebook sambil tersenyum-senyum di sebuah opis.

Tuesday, December 15, 2009

Clark Kent pun kena demam selsema

Clark Kent berjalan berseorangan di tepi gaung. Menunggu Lex Luthor yang tidak berpuas hati kerana Lana Lang di rampas oleh Clark Kent. Memang sudah lama Lex Luthor mensyaki hubungan sulit Lana dengan Clark.

Hari ini, segala dendamnya dirancang rapi. Clark Kent sudah bersedia. Dia tahu Lex mempunyai kuasa yang dapat melemahkan kuasanya. Dengan tenang Clark menunggu Lex di hujung gaung tersebut. Pertembungan antara dua kuasa ini akan berlaku. Tidak tahu siapa yang menang,siapa yang akan tewas.

Clark Kent seperti biasa menyahut cabaran Lex Lothor. Berbekalkan kepala botak Lex Luthor, dia tersenyum tahkala melihat Clark Kent yang begitu yakin dengan kuasanya. Sejak dari dulu Lex tahu rahsia Clark Kent. Manusia dari planet Kripton yang mempunyai kuasa hebat. Disebabkan itu jugalah dia cemburu pada Clark. Sampaikan awek paling cun kat kampung tergoda dengan Clark.

Hari ini dia tekad untuk membunuh Clark Kent. Dengan batu hijau serpihan dari planet Kripton, dia akan menang. Pertarungan bermula dengan dasyhatnya. Nampaknya Clark Kent begitu lemah pada batu hijau tersebut. Lalu rebah dan tidak berdaya melawan. Lex Luthor ketawa jahat. Lana Lang dalam genggamannya kembali. Batu hijau itu diselitkan di tubuh Clark Kent.

Sampai hari ini Clark Kent lemah dan di perlu berehat untuk 2-3 hari lagi kerana kesan batu tersebut. Tetapi apabila dia ke Klinik Medivaron di Kuchai Lama, doktor mengesahkan dia mengalami simptom-simptom demam panas dan jangkitan selsema. Dia di beri rehat selama 1 hari sahaja. Demi menyelamatkan manusia dari perbuatan jahat Lex Luthor, Clark Kent kembali bertugas pada hari ini. Walaupun dia masih lemah di serang selsema dan demam.

Macam celaka punya entry demam.


Wednesday, December 9, 2009

Mencari kekasih scandal

Semalam tido dengan nyenyak tanpa nyamuk. Mimpi indah belaka sampai ke Melaka. Angin menghembus malu-malu kucing menerusi jendela. Mentari pagi terpancar indah jugak dari ruang besi jendela bilik aku. Boleh tahan cantik permandangan pagi ini.

Aku bingkas bangun lalu bersenam ala-ala kucing hitam. Angkat dumble 50-100 kali lebih kurang. Tarik nafas dalam,hembusssss....fuhhh..nyaman sungguh udara pagi ini. Aku capai tuala yang tersedia di gantung di pintu. Menuju ke arah bilik mandi. Ada air pancut. Sejuk.

Sambil bersiap-siap pakai boxer. Mata sambil-sambil usha ke luar jendela. Ramai jugak. Ada yang putih,gelap,kelabu. Boleh tahan jugak mata aku melangkau jarak yang boleh di kira jauh. Mata Clark Kent. Selesai bersiap, tutup penghawa dingin aku. Keluar rumah, kunci grill dengan mangga,kalau boleh aku nak kunci pakai durian tapi tak de sapa jual durian yang boleh buat kunci pintu.

Langkah aku sedikit macho dan bergaya secara tiba-tiba hari ini. Entah kenapa mata menjadi lebih bertenaga pagi-pagi ni. Pandang sana ada, pandang sini ada. Tengok depan ada jugak. Kiri kanan bersepah. Berterabur aku jalan sambil mengawal pernafasan.


"Fuhhhh..sikit punya ramai awek kat rumah sewa baru ni" hati aku berkata dengan senyuman terukir penuh mesra memandu keluar dari parking ke pejabat.


Esok nak pakai tali leher la.

Friday, December 4, 2009

04 December 2009

Masa untuk bercuti-cuti dan menghabiskan duit gaji. Akan makan nasik minyak di Aloq Setaq sampai terketaq-ketaq. Sambung makan nasik minyak lagi di Perlih. Memang cuti-cuti sekolah ni populariti nasik kandaq, nasik dagang, nasi lemak dan lain-lain nasik sedikit terjejas. Sambil-sambil makan nasik minyak, aku makan angin sama asap rokok sekali kat sana. Aku tak tipu aku betul-betul sibuk. Macam buat bisnes juta-juta.

Hasrat untuk ke Maskara & Pekan Frinjan terbantut lagi. Terpaksa utamakan nasik minyak di utara nun. Kalau luorang tak penah pi Maskara @ Pekan Frinjan, lu orang pi la sekali-sekala. Awek-awek cun & seksi ramai kat sana tu. Pakwe-pakwe hensem pun ada kat sana. Tapi sorang saja pakwe yang tak dapat hadir sebab dia kena pi makan nasik minyak.

Idea untuk bercerita masih tidak selancar sebelum ini. Aku rasa puncanya sebab banyak sangat makan nasik minyak.

Cukup. Aku tiada idea lagi sekarang. Penat.Haaisshhhh...


***Baru sedar tahun depan umur aku akan semakin mengancam!

Wednesday, December 2, 2009

Kanak-kanak comel yang sudah besar



Zaman kanak-kanak adalah memori yang aku,kau,dia & lu orang semua tak akan lupakan. Membesar di sebuah kampung. Bermain lumpur, selut, bendang, parit, belukar, panas & hujan tak pernah dihirau.


Rindukan zaman ini di kala sibuk berbumbungkan batu bata, konkrit, simen, berselimutkan hawa dingin, komputer, email dan segala macam tanggungjawab sebagai seorang dewasa.


Sekarang lu orang teka yang mana budak yang paling comel antara 4 orang ni. Yang paling comel serta comot itu adalah aku.