Perkara yang berlaku mulai minggu ini adalah amat bagus sekali. Sesibuk mana pun kita kerja, akan selesai semuanya. Kita kena sabar, kerja bukan perkara main-main. Kena serius. Tanggungjawab tu penting. Aku memang komitmen terhadap kerja sekarang. Sampaikan masa untuk mengorat awek terbatas sedikit.
Tapi tak mengapa, hujung-hujung tahun memang macam ni. Kalut nak tutup buku 2009. Kerja-kerja di opis ni selagi kita bernafas, takkan pernah habis. Yang penting kita kena jujur kerja. Jangan tangguh-tangguh kerja. Itu akan merosakkan prestasi kita. Jangan sesekali tangguh kerja. Ingat tu.
Kerja jangan malas. Dalam kerja kita kena ada sistem. Sistem ini lah yang melancarkan operasi kita. Ada flow. Tak kelam kabut. Kita kena pandai atur masa dan tenaga. Jangan buat kerja dua tiga kali untuk satu-satu kerja yang senang. Jangan. Rugi. Masa itu penting dalam hidup ini.
Banyak mana pun kerja kita, kita kena pakai otak. Otak ini tak sama dengan otak udang. Otak udang makan dengan laksa sedap la. Kalau makan dengan nasi memang tak kena. Otak ni enjin kepada kita. Kalau letih, otak pun letih. Langsung jadi malas. Malas ni budaya tak berfaedah. Tak mendatangkan hasil. Kita kena kerja keras tapi jangan semua benda kita nak buat sampai otak jadi jem. Kalau otak dah jem, nak kencing pun lupa.
Entry ini sekadar berkongsi pendapat. Rumusannya, kita kerja kena semangat. Jangan tangguh kerja. Jangan malas. Tanggungjawab kita bila kita kerja ni lain. Tak sama dengan masa belajar kat universiti atau kolej. Masa study dulu boleh bercinta-cinta sambil belajar. Kalau kerja ni jangan buat main-main. Oleh itu jangan kita malas kerja. Ok, sekian. Aku ada banyak kerja ni!Jangan malas kerja!
Dialog-dialog opis terbaik minggu ini.
"Oit mat, sekarang ko check semua fail dalam rak opis ni. Tengok apa yang tak lengkap, ko lengkapkan. Tahun depan nak audit"
"Mat, esok ko buat summary tentang benda ni. Aku nak minggu depan."
"Mat, dalam stor ni ada dokumen-dokumen lama. Esok aku nak ko susun & simpan dalam kotak ni."
"Ni ko photostet semua yang aku dah tanda. 2 hari lagi aku nak tengok siap”
"Esok ko tolong beli nasi lemak kat depan simpang tu,taruk telur mata".