Kini,aku kembali aktif secara mendadak walaupun agak sibuk berkerja untuk bakal isteri dan anak-anak kembar aku (boleh aku berimpikan anak kembar kan?). Tidak kira apa jenis sukan pun aku tetap main. Walaupun ada sesetengah sukan aku bukanlah hebat tapi aku boleh main dan ada gaya tersendiri dalam permainan tersebut. Futsal adalah sukan kegemaran aku. Sanggup main 2-3jam sehari walaupun sedikit 'pancit'.
Sejak sebulan lepas aku aktif bermain tennis. Aku tidak pernah bermain tennis sebelum ini. Tapi aku cuba bermain seperti Rafael Nadal. Dalam sukan,gaya itu penting walaupun kamu tidak hebat. Sama seperti pemain-pemain bola kebangsaan kita. Rambut nampak macam Beckam, main macam budak sekolah rendah.
Minggu lalu aku bermain tennis waktu malam selepas pulang kerja. Aku pulang agak lewat malam. Malam minggu. Dengan berbekalkan seluar pendek dan baju tanpa lengan serta rambut yang diikat kemas ke belakang,aku memandu pulang ke rumah. Seperti biasa, mesti ada sekatan jalan raya oleh polis-polis kita yang amat "Mesra,Cepat & Amanah".
Aku perlahankan kelajuan yang baru nak mencecah 80km/j,laju kan?Seorang anggota polis melihat cukai jalan kereta aku. Aku yang sudah memakai tali keledar sejak awal memandu menurunkan cermin kereta secara perlahan-lahan. Dia melihat aku. Aku macam biasa,cool saja. Sebab aku tak buat salah. Lesen ada,memandu tidak melebihi had laju. Sambil memegang kereta aku,dengan muka sedikit ketat,sedikit gaya seorang polis jahat dalam filem Tamil, beliau bertanya:
Polis: Dari mana nie?
Aku: Baru balik bersukan encik.
Polis: Malam-malam camni?Sukan apa kau main nie?Macam samseng je aku tengok ko ni.
Sial sungguh mulut dia. Muka baik macam ni dia sanggup melemparkan tuduhan melulu itu. Aku sabar saja sebab dia polis. Aku rakyat.
Polis: Tennis?Huh!!..sukan orang putih jugak kau nak main.
Muka aku tak nampak samseng langsung la. Buta penglihatan betul.
Kena main sukan Melayu la kalau macam tu. Macam Sultan-Sultan zaman dulu kala,memanah & memburu dalam hutan.
Baru sukan Melayu.