Thursday, January 27, 2011

Perancangan Cuti Raya Cina 1

Selain dari menyiapkan kerja yang berlonggok di opis ni, kita jugak patut menghabiskan buah oren yang berkotak-kotak kat atas meja ni supaya bila kita cuti, kerja siap dan oren tak busuk.

Tuesday, January 25, 2011

Aniq : Masuk Asrama

Adik aku yang dapat 7A dalam PMR tu dapat masuk sekolah asrama kat area Ipoh. Daftar ini hari. Aku dulu-dulu teringin nak masuk sekolah asrama penuh cam gini, tapi disebabkan pandai aku tak setinggi adik aku ni, aku teruskan sekolah kat kampung saja. Tapi tak semestinya sekolah luar bandar hang tak jadi pandai. Begitulah aku, aku pandai jugak rupanya. Selain pandai dalam bidang pelajaran, aku juga pandai dalam bidang penipuan mak bapak, pandai menghisap rokok, pandai ponteng sekolah, pandai mengendap tapi tak pandai mengorat.

Oleh sebab aku tak mau Aniq megikut jejak langkah aku, aku sebagai abang kena bagi nasihat buat bekalan hidup di asrama. Jejak langkah aku yang bagus hanya pada paras rupa, dia boleh ikut tu. Ada manisnya.

Aku cakap sama dia, hang duk sana berkawan la dengan semua orang, jangan sombong. Jangan hang ikut perangai yang negatif. Jangan lupa menghormati orang lain. Kalau kita hormat orang lain, depa akan hormat kita balik. Buat baik la kat semua orang. Jangan kita cari pasai tak bertempat. Jangan jadi kurang ajaq macam abang.

Jangan lupa baca buku. Jangan lupa sembahyang lima waktu. Jangan lupa siapkan kerja sekolah. Jangan lupa mak bapak dan keluarga yang mendoakan kejayaan dia. Jangan lupa semua yang mak bapak pesan.

Aku harap dia tak lupa. Dia mengangguk tanda faham. Dia takkan lupa la tu.

"Abang pun jangan lupa jugak" Aniq berkata-kata.

"Lupa apa?" aku pulak berkata-kata.

"Duit yang abang janji RM350 tu? Yang Aniq dapat 7A kan."



Aku tak kata apa-apa. Aku hampir lupa.

Wednesday, January 5, 2011

Impian Pett Suhaimi Tahun 2011

Tahun 2011 dah start dah. Sempena 2011 ni aku akan membeli rumah banglo 5 tingkat siap swimming pool atas bumbung, kereta Hummer sebijik parking depan padang golf perbadi, sebijik kereta ferrari buat pi market, sebijik jet peribadi 2 pintu 16 tingkap buat balik kampung makan nasik tengah hari, bercuti ke Eropah selama 1 bulan, bermain salji di negara yang ada salji, membela harimau serta ikan paus, dan yang paling penting untuk tahun 2011 ni adalah mempunyai seorang isteri yang solehah dan bertanggungjawab serta tahap pengeluaran anak-anak yang tinggi.



Aku akan buat kenduri kalau salah satu impian tersebut tercapai. Hangpa boleh mai makan-makan.