Tuesday, May 25, 2010

Kerja Part Time Dulu Dulu

Aku baru tau sekarang ni musim cuti budak-budak U. Patut la pagi-pagi aku pi keja tak nampak awek-awek kolej kat area umah aku tu. Hilang seri wajah pagi-pagi. Yang ada mat-mat bangla kedai besi bawah tu. Buat muka ketat ngan aku. Bila aku buat muka ketat balik, tertunduk-tunduk semua. Haram betui. Nak buat macam negara sendiri. Bukan boleh bagi muka. Nanti habih anak dara Malaysia depa tibai.

Dulu time-time study. Cuti-cuti macam ni aku punya aktiviti lebih ke arah kerja kampung. Amik buah sawit contohnya. Sebulan 2 kali. Tapi tiap kali amik buah sawit,aku punya letih macam panjat gunung Kinabalu. Tu belum kira jumpak babi hutan kat tengah-tengah kebun. Aku punya parang dah sisip siap tepi pinggang. Stanby jugak kalau menatang tu nak sondol. Tapi belum pernah lagi la. Setakat ni, babi tu kira takut bila jumpak aku. Aku jeling sikit,dah lintang pukang dia cabut.

Pagi buat kerja kebun. Tengahari sampai malam keja kat kedai makan pak lang aku kat kampung jugak. Setakat bancuh teh tarik sama kopi tu, sebelah tangan je bai. Kaw punya. Masa tu awek-awek yang datang makan pun tak pandang aku ni. Ye la, keja tukang buat air sama pembantu tukang masak kepada pak lang aku. Depa mana pandang pakwe-pakwe macam ni. Lu ingat brader-brader macam ni takde duit ke?Jangan macam tu awek-awek sekalian. Jangan pandang pada harta dan kebendaan sangat. Pandang pada kesungguhan sikit. Orang-orang macam ni la yang akan berjaya dalam bisnes di masa depan.

Kerenah pelanggan toksah cakap la. Segala macam dah aku jumpak. Tu pun kira tak habih tapau lagi la. Ada yang bagus ada yang cerewet. Tapi semua tu aku layan dengan senyuman. Muka manis macam ni mana boleh buat muka ketat-ketat. Bukan macam sesetengah kedai makan, tanya macam nak cari gaduh. Boleh bawak bertumbuk jugak kadang-kadang. Tanya pelanggan, tanya la betul-betul. Lemah lembut. Biar muka ganas, tapi pertuturan sopan santun. Baru la orang tengok sejuk hati. Kalau ada awek, boleh tangkap cintan terus ngan kesopanan tu.

Kedai Pak Lang aku ni semua masak lauk kampung original punya. Tak dak western-western bai. Orang kampung mana mau makan lambchop sama chicken chop lepas abis buat bendang. Takkan lepas pi kebun nak makan ice blended nata dikoko. Buang tebiat jugak la kalu macam tu. Walaupun kedai makan kecik tapi orang datang makan bukan main ramai. Tak menang tangan jugak aku bancuh air. Kalau kaki boleh pakai bancuh air, dah lama aku pakai.

Kerjaya aku di kedai makan Pak Lang aku berakhir bila dah start keja 4tahun lepas. Tapi bila balik kampung kadang-kadang try jugak masak mee goreng sama bancuh air. Bukan apa, walau tinggi mana pun kita berada, asal usul jangan lupa. Kalau lupa jadi la macam Si Tanggang dengan Malin Kundang. Sia-sia jadi batu.


Tapi skill memasak aku boleh tahan lagi rupanya.


Anak chef Wan pun belum tentu boleh bit.

Monday, May 24, 2010

Kenapa kau single?

"Kenapa kau single?"

Soalan tu dah sebati dengan aku selama 4tahun lebih kot. Baru 4 tahun lebih bai. Belum 40 tahun. Ada orang lebih 14 tahun solo takdak hal pun. Jawapan terhadap soalan ini ada pada masing-masing. Tiap-tiap orang mungkin ada sebab tersendiri ataupun jawapan tu belum pernah terlintas lagi. Masih mencari barangkali.

Aku tak cakap benda ini hanya untuk aku sorang jawab. Bukan. Ramai lagi yang mungkin di ajukan soalan macam ni sebab kau single. Sebab kau takde awek atau balak. Umur dah meningkat. Kau ada keje. Ada duit. Tapi kau tetap single. Apa cer? Sebenarnya soalan ini aku dah lali nak jawab. Kadang-kadang jawapan yang aku bagi aku petik dari mana-mana dialog drama atau filem sebab dah bosan nak bagi jawapan sama.

Aku rasa zaman makin cepat dan kau tak sempat nak jatuh cinta. Bukan senang.Aku tak mudah nak jatuh cinta dengan orang. Kalau dari jauh aku dapat bau wangi awek tu,tak semestinya aku jatuh cinta pada bau. Kalau aku bertentang mata dengan awek tu dengan debaran jantung sekadar melepas batuk di tangga, tak boleh jadi jugak. Kira degupan jantung kau tak melambangkan debaran kasih sayang.

Aku nak rasa jatuh cinta pada awek yang boleh buat jantung aku berlari macam kuda. Mata terpaku memandang tanpa berkelip. Bila dengar suara dia, secara automatik suara dia akan berulang-ulang dalam telinga aku selama 24jam. Boleh jumpa macam tu?

Jangan cakap aku cerewet bai. Aku tak cerewet. Tapi aku terlalu berhati-hati. Sama macam kau bawak kereta laju-laju kat jalan. Kau salah pilih jalan, kau boleh terbabas. Kau kena hati-hati. Takut nanti kau kemalangan. Cedera parah. Tak pun mati.

Aku tak rasa loser sebab aku takde awek. Tapi keinginan tu ada. Pernah jatuh cinta. Tapi dia bukan untuk aku. Kau kena pandai terima. Kalau aku suka. Aku akan selidik dulu. Kalau dia ada yang punya. Sory. Babai. Aku jenis takkan amik hak orang bai. So,aku cari lagi. Lu orang ingat aku tak cari ke?Cari la beb. Sia-sia ada fesbuk.Tapi belum jumpa.

Hidup aku sibuk sebenarnya. Disebabkan kesibukan itu aku rasa bahagia. Aku ada kawan-kawan. Kawan-kawan yang betul-betul kawan. Mereka adalah kebahagian aku. Selain dari keluarga aku. Hidup single adakalanya seronok. Tapi sebagai manusia normal kau kena pikir tentang cinta tu. Kau tengok kawan-kawan bercinta kadang-kadang kau jeles jugak sebenarnya. Kadang-kadang aku kata.

Aku tunggu jugak kot-kot ada puteri dari kayangan yang tetiba jatuh dari langit lalu membuat aku jatuh cinta dan terus berkahwin dan hidup bahagia selamanya. Sesekali berangan benda tak logik ni bagus. Hidup jangan kau berlandaskan logik semata-mata. Kau kena ada imaginasi. Baru kau boleh berpikir luar dari kotak pikiran. Kena percaya pada DIA. Jodoh tu tetap ada,tapi kau pun kena usaha. Tapi itu bergantung pada masa yang kau ada. Masa aku sentiasa dipenuhi dengan kerja aku. Kerja rasmi atau tak rasmi.

Dari tadi lu orang duk baca tu, ada tak jawapan yang memuaskan hati lu orang ni?Ini serba sedikit saja jawapan aku. Aku tak mewakili semua orang yang single satu dunia ni. Lagipun bukan aku sorang je single. Aku cuma nak jawab soalan tu je. Harap boleh terima.



"Aku single sebab takdak awek yang boleh masak gulai ikan lebih sedap dari yang aku buat"


Boleh terima?


Terima kasih.

Friday, May 21, 2010

Memori : Pengepau Rokok Asrama

2003 - Masa study kat Terengganu dulu,ada sorang kawan aku. Muka ganas, tapi bila cakap penuh lemah lembut. Tak sama macam lu orang tengok muka dia. Aku panggil dia Lan saja.

Lan ni dia punya belajar banyak ke tempat tido. Tapi bab melepak dia la yang nombo satu sampai. Semester pertama semua duduk kat asrama. Juga dikenali sebagai hostel kata omputih. Bilik aku aras 3 memang sebelah menyebelah dengan bilik Lan. Kadang-kadang malam-malam dia datang lepak ngan aku sambil usha awek-awek kat hostel sebelah. Memang aku ditakdirkan duduk di bilik yang mengadap bilik awek-awek ni. Sapa-sapa yang rabun jauh,memang cepat pulih bila duduk bilik aku ni.Aku punya rabun cerah je bila dalam gelap.

Tabiat Lan yang aku kenal sangat-sangat selain mengintai awek-awek di bilik depan ialah mengepau rokok kawan-kawan. Pagi sebatang, tengahari sebatang,malam sebatang. hampir setiap hari. Mangsa yang paling dekat ialah aku. Sebab dalam bilik tu hanya aku sorang yang tidak menyokong kempen kementerian kesihatan.Yang lain menyokong Group "I Tak Suka Orang Yang I Sayang Merokok" oleh awek-awek mereka. Tapi masa tu fesbuk tak popular lagi, tah wujud ke tak lagi pun aku tak tau. Yang ada pun friendster.Friendster ni dia punya fesyen macam budak-budak sikit.Takde group-group macam fesbuk ni.

Aku jenis yang tak kisah. Lu nak amik,mintak. Lan juga mintak. Dia mintak pada waktu pagi,waktu tengahari dan waktu malam. Tiap-tiap kali datang bilik:

"Pett,rokok sebatang." pagi

"Pett,rokok sebatang." tengahari

"Pett,rokok sebatang." malam

Berulanglah ayat berikutnya pada hari-hari yang lain.

Lama-lama aku rasa bekalan aku makin berkurangan. Bukan tak bagi,tapi kena jimat. Kena catu rokok. Duit PTPTN tu pun bukan cukup sangat nak tanggung perokok yang masih belajar ni. Belum kira duit nak belanja awek makan kat tepi pantai lagi. Duit nak beli komik lagi. Sapa yang tanggung?PTPTN jugak.

Satu malam aku letak 2 batang rokok saja dalam kotak. Selebihnya,aku asingkan kat kotak lain dan sorok. Aku harap Lan faham aku juga kekurangan rokok seperti dia. Tujuannya supaya dia tidak selalu pau aku. Aku rasa taktik ni akan menjadi esok pagi.

Pagi esok.

"Pett,rokok sebatang."

Aku tunjuk kotak atas meja.Aku lepak sambil baca paper.Kalu aku pau rokok member aku, tapi aku tengok ada 2-3 batang, secara automatiknya aku takkan amik. Aku gunakan konsep tersebut pada Lan.





"Terima kasih Pett. Ada sebatang lagi aku tinggal kat ko."


Lalu Lan berlalu ke tandas sambil menghembuskan asap-asap rokok.

Thursday, May 13, 2010

Itu baru nampak macam badminton

Nampak tak semangat tu?Nampak?Itu macam la.

Datuk Lee Chong Wei memang maintain kacak. Patut awek tak lari. Senang-senang dia tibai mamat Denmark tu. Terkial-kial amik bulu tangkis. Lain kali bela ayam kat Denmark tu. Baru dapat serasi dengan bulu ayam. Beregu kedua Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong dengan macho belasah beregu kedua mat saleh Denmark tu. Baru depa tau makan belacan boleh dapat power lebih.Wong Choon Han?Wa tak marah lu sebab lu main dengan semangat. Tak pa. Lu dah cuba.

Beregu bidan terjun?Patut main dari semalam. Mamat yang duk marah penonton semalam terus tak dapat main. Tu la sapa suruh hang marah-marah. Lu orang main sampai buat semua rakyat Malaysia yang baru balik dari opis tak mandi-mandi sampai baju pejabat pun tak sempat bukak.

Hafiz Hashim? Dah terer dah main badminton. Semalam dia ingat main ping pong. Harap-harap kat separuh akhir nanti jangan gatal-gatal main ping pong.

Harap-harap Lin Dann si muka ketat tu nanti menangis masa balik China lepas kena sepak 2-3das dengan Lee Chong Wei. Yang lain tu, kita tengok TV saja la. Semangat tu maintain.


Cerita lain? Hoki pun kita dah tibai kaw-kaw India. Bagus la. Sekurang-kurangnya Malaysia ada jugak nama dalam bulan May ni. Bulan Jun orang dah lupa dah. World Cup dah dekat tu.

Apa jadah aku duk cerita pasal sukan saja ni?Mandi pun belum lagi. Stokin pun tak sempat bukak.

Wednesday, May 12, 2010

Badminton tu apa?

Dalam hidup ni kita kena ada semangat. Semangat ni tak sama macam kerepek pisang atau pun lemang. Semangat ni macam satu kuasa. Kalau lu orang ada semangat, mesti boleh berjaya. Tapi tak semua orang ada semangat. Aku pun kadang-kadang semangat tu macam ada sikit celaka. Tambah-tambah semangat nak mengorat awek. Kejab ada kejab tak dak.

Dalam apa benda pun kita nak buat kita kena tunjuk semangat. Baru orang lain pun bersemangat. Sama macam dalam sukan. Semangat tu benda penting. Tapi kalau aku tengok sesetengah ahli sukan main tanpa semangat, aku sebagai penyokong dah hilang semangat. Kalau lu kalah dengan semangat, peyokong takde la nak marah-marah dengan penuh semangat. Ini kalau kalah sebab main macam nak tangkap biawak pasir, penyokong mana yang nak bersemangat nak sokong?

Jangan la nak marah penonton atau penyokong. Kami sebagai penyokong menyokong apa benda yang Malaysia ni main walaupun banyak sukan memang selalu kalah dan duit untuk orang-orang miskin lebur begitu saja tanpa ada keuntungan. Nasib baik ada Bersamamu dengan Aduan Rakyat. Dapat jugak cover masalah macam ni.



Tapi semalam aku tak pasti sukan apa yang Wong Choong Hann, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif main. Hafiz Hashim tu pemain ping pong ke pemain bola jaring?

Aku harap hari ni mereka kembali ke pangkal jalan dan sedar bahawa mereka adalah pemain badminton Malaysia. Jangan kasi malu la. Aku nak tengok kita lawan China kalau ada rezeki.


Muka ketat Lin Dan tu kalau kena sepak 2-3 das pun sedap jugak.

Thursday, May 6, 2010

Matrik : Tahun 2000 Kolej Matrikulasi Perempuan

Tahun 2000

Lepas SPM 1999 dan mendapat keputusan boleh tahan pandai walaupun tak berapa pandai,perjalanan study aku diteruskan ke peringkat matrik. Masa matrik ni la budak-budak pandai boleh jadi bodoh dan sebaliknya. Budak-budak yang baru nak hisap rokok pun boleh tahan ramai masa kat sini. Nak belajar bercinta pun boleh try jugak kat peringkat ni. Kira semua gejala sosial boleh cuba kat sini la. Senang cerita.

Kaki menjejak ke matrik kat utara semenanjung nun jauh. Aku dengar aku ni first bacth punya intake. Dalam kepala otak aku memang dah budjet budak-budak isap rokok ramai kat sini. Secara automatik boleh dapat kawan dengan lebih cepat. Hanya berbekalkan sebatang rokok,boleh dapat kawan 10 orang. Modal dia rokok sama pemetik api. Memang itu kebaikan yang ada bila hisap rokok. Benda lain tak payah cerita la. Kementerian kesihatan dah banyak buat iklan kat TV.

Melangkah masuk ke matrik ni aku rasa lain macam. Aku tengok sana sini tak nampak pulak mahkluk sejenis aku. Aku rasa macam silap masuk kolej. Ramai aweks-aweks manis yang tersenyum-senyum. Bukan senyum kat aku, tapi senyum-senyum sebab seronok masuk matrik. Aku punya seronok tak sampai tahap sengih-sengih. Kira tenang sebab aku dah kasik mak bapak aku senyum lebar.

Sekarang ni masalahnya mana pi budak-budak laki?Masa beratur daftar pun aku tak nampak. Nampak gayanya aku akan di rogol oleh pelajar-pelajar perempuan secara bergilir-gilir. Ataupun aku akan menjadi rebutan gadis-gadis di sini?Aku dah mula takut memikirkan tentang dirogol. Mungkin aku akan menjadi seorang yang pendiam selepas ini.

Lepas semua settle, mak bapak aku balik. Tapi rasanya mereka pergi bershopping kat Bukit Kayu Hitam. Aku?Terus menuju ke asrama lelaki. Sepanjang perjalanan, memang penuh gadis-gadis saja. Aku jalan pun tunduk-tunduk malu. Kalau kulit aku putih melepak, dah sah-sah naik merah. Tapi kulit aku sedikit gelap. Nasib baik. Sampai asrama, lega hati aku bila aku nampak sekumpulan pelajar lelaki. Tarik nafas lega. Aku ingat aku adalah lelaki terakhir yang hidup di kolej ni.

Sessi kenal-kenal sambil hisap rokok di tangga menjadi titik tolak mengenal budak-budak yang ada masalah disiplin. Salah sorang orang pertama yang aku kenal mamat dari Slim River ni. Anwar nama dia. Nama ni nama dalam IC, belum bagi nama glamor lagi. Aku tanya dia, berapa ramai student laki kat kolej ni. Dia cakap sekarang budak laki ada 62 orang. Pelajar pompuan dalam 850 orang. Tak percaya?Lu orang cari dalam suratkhabar tahun 2000. Mesti ada sebut pasal kolej ni. Gila punya sikit spesis aku kali ni. Memang kalah kalau ajak main kejar-kejar atau pun gusti.

"Ramai jugak. Kejab aku nak kira dulu."aku berkata.

"Kira apa lagi??Awek-awek tu semua dalam 850 org la." Anwar pula berkata.

"Bukan kira itu."aku berkata-kata lagi.

Setelah siap pengiraan secara matematik tambahan yang aku cukup-cukup makan. Aku buat rumusan.

"Ok. satu nisbah empat belas."

"Apa tu?" Anwar bertanya pula. Lalu aku pula menjawab.



"Tiap-tiap sorang dari kita boleh pasang awek maksimum 14 orang saja. Lebih kurang.Baru adil".



"Hmmm.."Semua mengangguk tanda faham dan senyum simpul macam siput sedut.